Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Iswaran dilarang bertugas sepanjang siasatan CPIB; gaji dikurangkan kepada S$8,500 sebulan sehingga notis lanjut: PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Aug 2023 02:50PM Dikemas Kini : 02 Aug 2023 09:53PM
SINGAPURA: Menteri Pengangkutan S Iswaran sudahpun dilarang bertugas dengan gaji yang dikurangkan kepada S$8,500 sebulan sehingga notis lanjut, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam kenyataan menteri pada Rabu (2 Ogos).

PM Lee sedang berucap di parlimen berhubung siasatan rasuah melibatkan Encik Iswaran, serta peletakan jawatan dua Anggota Parlimen (AP), mantan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan Cik Cheng Li Hui, atas hubungan sulit mereka.

Lebih 10 AP sudahpun mengemukakan soalan berhubung isu melibatkan siasatan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
Disebabkan insiden yang melibatkan menteri tidak sering berlaku, PM Lee berkata bahawa tiada peraturan atau tindakan yang ditetapkan sebelum ini tentang bagaimana mengenakan larangan terhadap seorang pemegang jawatan dalam politik. Oleh itu, beliau menggunakan perkhidmatan awam sedia ada sebagai rujukan.

"Butiran dalam kes Menteri Iswaran secara umumnya mengikut cara bagaimana perkhidmatan awam akan menangani situasi serupa yang melibatkan pegawai kanan," kata Perdana Menteri.

"Namun, ini adalah keputusan saya sebagai Perdana Menteri, kerana konteks politik bagi seorang menteri dan pekerja perkhidmatan awam yang disiasat dan dilarang bertugas adalah berbeza."

Menurut Divisyen Perkhidmatan Awam, setakat 2023, tanda aras bagi pendapatan bulanan seorang menteri adalah S$55,000, sekali gus boleh mencapai sehingga S$1.1 juta setahun.

FAKTA KES

Semasa menerangkan secara ringkas fakta-fakta kes itu, PM Lee berkata bahawa sedang siasatan dijalankan bagi "isu berasingan", CPIB membongkar maklumat melibatkan Menteri Iswaran yang "memerlukan siasatan".
PM Lee menambah bahawa siasatan CPIB masih dijalankan dan beliau tidak dapat memberi lebih banyak perincian mengenai kes tersebut, supaya tidak menjejas siasatan itu dalam sebarang cara.

Apabila siasatan selesai kelak, CPIB akan menyerahkan dapatannya kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), yang akan membuat keputusan tentang tindakan yang harus diambil, tambah PM Lee.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan