Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Isu tenaga manusia dan kos lambatkan Projek Wolbachia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isu tenaga manusia dan kos kini menjadi cabaran kepada inisiatif melawan denggi, Projek Wolbachia, daripada dilancarkan sepenuhnya di merata Singapura.

Projek itu berjaya mengurangkan kadar denggi dalam ujian-ujian perintis.

Penggunaan tekonologi menyaksikan pembiakan nyamuk Wolbachia naik 130 peratus sejak beberapa tahun ini.

Jentik-jentik yang dikumpulkan dijangkiti kuman Wolbachia demi menyelamatkan nyawa manusia.

Menerusinya, apabila nyamuk jantan Wolbachia mengawan dengan nyamuk betina, telurnya tidak akan menetas.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) kini menjana lima juta nyamuk Wolbachia seminggu berbanding 100,000 pada peringkat awal projek itu.

Penggunaan teknologi berjaya meringankan usaha yang begitu giat tenaga itu.

Namun, penggunaan mesin masih ada hadnya.

Para saintis Projek Wolbachia mengatakan, proses-proses utama seperti mengasingkan nyamuk jantan dan betina sudah dilakukan secara automatik. Bagaimanapun kerja-kerja lain masih memerlukan tenaga manusia.

Untuk projek Wolbachia dapat dilancarkan sepenuhnya, nyamuk dewasa mesti dilepaskan dalam keadaan tertentu.

"Lazimnya, apabila kami sampai ke sini, kami akan lepaskan nyamuk-nyamuk itu dan adakalanya kami perlu ketuk bekas ini untuk menggalak nyamuk terbang keluar kerana nyamuk suka ruang gelap jadi nyamuk-nyamuk ini biasanya hinggap di tepi bekas," jelas Matthew Verkaik, Pegawai Penyelidik Kanan Projek Wolbachia NEA.

Proses tersebut antara perkara yang perlu dilakukan manusia, bukan mesin.

Ia juga misalnya perlu dilakukan di beberapa tempat di blok yang sama.

NEA menambah pihaknya akan memperhalusi lagi teknologi yang digunakan dan memutuskan kawasan mana lagi yang memerlukan nyamuk Wolbachia.

Ini bagaimanapun dijangka memakan masa beberapa tahun lagi.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan