Skip to main content

Singapura

Isu teknikal jejas khidmat Grab

Aplikasi kereta sewa, Grab, dilanda isu teknikal pada waktu sibuk pagi tadi (1 Mac) sekaligus menjejas sistem pembayaran dompet GrabPay.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu teknikal jejas khidmat Grab

Petikan skrin aplikasi Grab pasa 1 Mac 2018.

Diterbitkan : 01 Mar 2018 12:06PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 12:08PM

SINGAPURA: Aplikasi kereta sewa, Grab, dilanda isu teknikal pada waktu sibuk pagi tadi (1 Mac) sekaligus menjejas sistem pembayaran dompet GrabPay.

“Kami sedang mengalami isu teknikal dan mungkin hanya boleh menerima bayaran tunai buat masa ini,” demikian menurut satu pemberitahuan aplikasi tersebut.

Dalam satu catatan Facebook pada 8.25 pagi pula, syarikat itu menyatakan bahawa para juruteranya sedang menangani isu tersebut dan “kami menjangkakan ia akan kembali beroperasi dalam 30 minit”.

Pada 9.20 pagi, Grab meminta maaf atas gangguan tersebut.

“Buat masa ini, anda boleh menempah menggunakan wang tunai dan kad-kad GrabPay. Kami masih sedang berusaha (memperbaiki) Kredit dan Ganjaran GrabPay,” demikian menurut syarikat tersebut.

Para pengguna meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial pada pagi yang turut menyaksikan kelengahan Laluan Downtown yang disebabkan oleh kerosakan pada sistem isyarat.

“Hello grab! Saya baru meletakkan duit dalam kredit saya semalam malam tetapi sekarang ia tidak boleh digunakan!” kata seorang pengguna Facebook, Marr Sakiynah R Giri.

Seorang lagi pengguna, Andrew Tan menulis: “Kredit dompet saya semuanya sudah hilang! Adakah ini perkara biasa?”

Malah, para pemandu juga menyertai mereka di media sosial untuk mengadu tentang kekurangan penumpang dan masalah berhubung dompet pemandu.

“Saya mempunyai lebih S$90 dalam dompet pemandu GrabHitch saya semalam. Saya tidak mengeluarkan wang itu. Hari ini, ia bertukar menjadi S$0 dan tiada sejarah urus niaga dapat dikesan. Sejarah perjalanan juga kosong,” kata Ng Soo Horng dalam satu catatan Facebook di laman pemandu Grab.

Seorang lagi pemandu Grab yang enggan mendedahkan identitinya berkata bahawa beliau terjejas oleh isu teknikal itu sejak mula memandu pada sekitar 6.00 pagi. Beliau berkata bahawa beliau tidak mendapat sebarang tempahan selama tiga jam.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita