Isu sewa hartanah Ridout: 2 Menteri 'bertindak dengan betul', elak percanggahan kepentingan, kata Teo Chee Hean
Anggaran Waktu Membaca:

31 Ridout Road yang disewa Encik Vivian Balakrishnan. (Gambar: TODAY/Nuria Ling)
SINGAPURA: Tuduhan rasuah dibuat terhadap Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkaitan penyewaan banglo hitam putih milik negara di Ridout Road.
Pada Rabu (28Jun), dua laporan - satu oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan satu lagi oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean akan dibentangkan ke Parlimen.
Berikut ialah soalan-soalan penting yang ditangani laporan tersebut.
Adakah berlaku percanggahan kepentingan?
"Dalam kes 26 Ridout Road, disebabkan Menteri Shanmugam ialah Menteri Undang-undang dan Kementerian itu menyelia SLA, percanggahan kepentingan boleh timbul jika Menteri Shanmugam terus berada dalam rantaian arahan ke atas penyewaan hartabenda tersebut. Sekiranya Menteri Shanmugam membuat keputusan yang menjejaskan penyewaannya di 26 Ridout Road, itu akan menjadi satu percanggahan kepentingan.
Bagaimanapun, Menteri Shanmugam telah mengeluarkan dirinya daripada rantaian arahan itu dan proses membuat keputusan.
Menteri Shanmugam telah memaklumkan kepada Timbalan Setiausaha di Kementerian Undang-undang (MinLaw) ketika itu bahawa beliau akan mengecualikan diri dalam sebarang perbincangan berkaitan penyewaan hartanah tersebut.

Dalam kes 31 Ridout Road pula, tiada isu tentang percanggahan kepentingan timbul kerana tanggungjawab rasmi Menteri Balakrishnan tidak membabitkan Penguasa Tanah Singapura (SLA).
Oleh itu, dalam penyewaan kedua-dua hartanah tersebut, kedua-dua Menteri dan pegawai awam yang terlibat telah mengisytiharkan sebarang potensi konflik kepentingan dan mengikuti proses sewajarnya untuk mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan daripada timbul."
Adakah 2 menteri itu mendapat manfaat daripada sebarang maklumat istimewa?
"CPIB mendapati tiada layanan keutamaan istimewa diberikan kepada kedua-dua Menteri dan pasangan mereka dan tiada pendedahan maklumat istimewa dalam proses urus niaga penyewaan. Tiada bukti yang menunjukkan dua Menteriitu menyalahguna jawatan mereka untuk kepentingan peribadi."
Adakah 2 menteri itu meraih faedah daripada kadar sewa lebih baik?
"Siasatan mendapati kadar sewa yang dibayar oleh kedua-dua Menteri adalah pada nilai pasaran dan tidak di bawah penilaian pasaran. Tiada bukti bahawa dua Menteri itu diberi kadar sewa lebih baik kerana kedudukan mereka. Sewa yang mereka bayar tidak di bawah Panduan Sewa hartanah masing-masing. Bagi 26 Ridout Road, walaupun Panduan Sewa tidak dinyatakan dengan tepat oleh SLA, Menteri Shanmugam membayar sewa yang setaraf dengan yang ditetapkan Panduan Sewa dan memenuhi sewa minimum yang perlu dicapai.
Laproan siasatan itu juga membuat perbandingan sewa yang dibayar bagi 26 Ridout Road dan 31 Ridout Road dengan hartanah lain di kawasan itu pada 2018/2019 dan mengesahkan bahawa sewa yang dibayar adalah setaraf dengan hartanah lain ini."
Adakah 2 menteri itu mendapat tempoh sewa luar biasa?
"Siasatan itu mendapati bahawa terma penyewaan kedua-dua hartanah mengikut dasar am berhubung penyewaan untuk hartanah kediaman yang diuruskan oleh SLA.
Penyewaan diberikan pada tempoh 2 tahun atau 3 tahun, dan sehingga maksimum 3+3+3 tahun pada satu-satu masa seperti dalam contoh banglo di 26 Ridout Road.
SLA secara amnya akan membenarkan penyewa memperbaharui penyewaan mereka apabila tamat tempoh, melainkan (a) pemerintah mempunyai rancangan lain untuk tapak tersebut, atau (b) penyewa mempunyai rekod prestasi yang buruk (Misalnya, penyewa mengalami tunggakan sewa atau melanggar peraturan penyewaan).
Dalam membuat keputusan sama ada untuk memberikan tempoh sewa yang lebih lama, SLA akan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk perbelanjaan yang akan ditanggung oleh penyewa untuk tinggal di hartanah tersebut.
Tempoh sewa bagi banglo di 26 dan 31 Ridout berada dalam tempoh sewa maksimum yang dibenarkan untuk hartanah penginapan yang disewakan oleh SLA atau ejen pengurusan SLA pada satu-satu masa.
Dalam kes hartanah di 26 Ridout Road, SLA meluluskan tempoh sewa 3+3+3 tahun kerana isteri Encik Shanmugam memberi komitmen untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf berjumlah lebih S$400,000.
Tempoh sewa bagi 31 Ridout Road pula, ialah 3+2+2 selepas isteri Dr Balakrishnan membuat komitmen bagi kerja naik taraf berjumlah lebih S$200,000.
Adakah kerja-kerja naik taraf mendapat kelulusan pihak berkuasa?
"URA memberi kebenaran pemuliharaan untuk kerja-kerja dijalankan ke atas bangunan yang diwartakan. Kebenaran tidak diperlukan untuk kerja-kerja kecil yang dijalankan di luar dan tidak menjejaskan bangunan banglo di bawah pemuliharaan.
Kedua-dua banglo di 26 dan 31 Ridout Road telah diwartakan pada tahun 1991 untuk pemuliharaan dan tertakluk kepada garis panduan pemuliharaan. URA sebelum ini memaklumkan SLA bahawa tiada kelulusan diperlukan untuk membina kolam renang di 26 Ridout Road. Ini kerana permohonan perancangan ke URA tidak diperlukan untuk "kerja kecil" yang dilakukan di luar dan tidak menjejaskan banglo tersebut.
Banglo di 26 dan 31 Ridout Road terletak dalam Kawasan Pemuliharaan Pokok. Ini bermakna kelulusan NParks diperlukan untuk menebang pokok dengan ukuran lebih 1 meter. SLA telah memperoleh kelulusan berkaitan daripada NParks untuk menebang pokok dan telah menyimpan rekod kelulusan NPark itu."

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.