Skip to main content

Singapura

"Isu penyelarasan" alat isyarat punca kelengahan Laluan Downtown

Kelengahan di Laluan Downtown disebabkan oleh "isu penyelarasan antara dua set peralatan isyarat".

Anggaran Waktu Membaca:
"Isu penyelarasan" alat isyarat punca kelengahan Laluan Downtown

Penumpang yang terjejas di DTL semalam, 1 Mac. (Gambar: Twitter/@Deityfication)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 09:53PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 09:58PM

SINGAPURA: Kelengahan di Laluan Downtown disebabkan oleh "isu penyelarasan antara dua set peralatan isyarat".

Demikian menurut SBS Transit dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (2 Mac).

Ia menjejas khidmat antara stesen Promenade dengan Downtown sepanjang hari semalam (1 Mac), dengan kereta api dipandu secara manual dan lebih perlahan.

Kerosakan itu, yang berlaku di stesen Bayfront, melibatkan Pengurus Sekatan Kelajuan Sementara dan Sistem Kawalan Kereta Api Automatik Tepi Landasan.

"Isu penyelarasan" antara kedua-dua peralatan mencetuskan "respons keselamatan automatik dari sistem" dan menyebabkan sekatan kelajuan sepanjang laluan yang terjejas, menurut SBS Transit dan LTA.

Ia menambah khidmat kereta diteruskan seperti biasa pagi tadi, setelah para jurutera bertungkus-lumus sepanjang malam untuk membaiki isu tersebut.

"Dua litar landasan di stesen Bayfront diselaraskan secara manual. Ini memulihkan isu penyelarasan antara kedua-dua peralatan isyarat," menurut kenyataan media itu.

"Kami kemudian berhasil memperbaiki sekatan kelajuan yang berlaku antara stesen Promenade dan Downtown. Pasukan kami juga memandu kereta api tanpa penumpang di laluan yang terjejas sepanjang malam untuk mengesahkan bahawa isu itu sudah dihuraikan."

Pembekal sistem isyarat itu, Siemens, akan terus menyiasat puca "kegagalan penyelarasan" untuk mencegahnya daripada berulang," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita