Isu mobiliti sosial, kewibawaan SG dalam ucapan pembukaan Parlimen ke-15 SG, tarik perhatian para AP
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para anggota parlimen Melayu/Islam yang ditemui mahu mendampingi lagi masyarakat supaya dapat membawa suara mereka ke parlimen dan membentuk dasar-dasar yang sejajar dengan keutamaan pemerintah yang digariskan Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam ucapannya sempena pembukaan Parlimen ke-15 Singapura pada Jumaat (5 Sep).
Bagi Anggota Parlimen penggal pertama, Dr Syed Harun Alhabsyi, beliau berharap dapat juga berbuat demikian untuk mengetengahkan lagi keperluan masyarakat Melayu/Islam khususnya.

"Saya rasa perlulah kita para Anggota Parlimen mendekati penduduk, mendekati masyarakat, mengambil pandangan di mana kita mengetahui isi hati dan apa itu cita-cita masyarakat? Apa itu luahan masyarakat? Apa itu baik ataupun kesusahan masyarakat? Dengan mendengar isi hati masyarakat, kita juga dapat melakarkan dasar-dasar yang baik, yang dapat membawa kepada kebaikan masyarakat secara amnya," kata AP GRC Nee Soon, Dr Syed Harun.
"Khusus bagi masyarakat Melayu/Islam perlu juga kita membawa pendekatan yang sama supaya kita dapat juga meningkatkan lagi keperluan masyarakat dan keinginan masyarakat bersama sambil kita mengorak langkah sebagai satu Singapura," tambahnya.
Ini lebih-lebih lagi dalam perihal mobiliti sosial yang cukup dekat di hatinya yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud.
Dr Syed Harun yang juga akan mula menyandang jawatan selaku Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Negara merangkap Pendidikan pada 1 Oktober ini berkata, "Mengenai isu mobiliti sosial itu juga saya rasa sesuatu yang memang sekian lama ini sesuatu yang dekat pada hati saya dan antara untuk kita meraih mobiliti sosial ialah untuk memastikan bahawa keperluan pendidikan dapat diraih manfaat bersama. Dapat disampaikan kepada setiap keluarga dan buat masa ini ialah untuk pendidikan awal di mana anak-anak kita dapat akses kepada pendidikan sejak awal lagi dan ini perlu terus kita galakkan dalam masyarakat kita supaya anak-anak mereka, keluarga-keluarga mereka dapat meraih manfaat bersama kemajuan di negara kita, Singapura."
Ini ditekankan Presiden Tharman dalam ucapannya tentang kepentingan untuk mewujudkan peluang yang saksama bagi masyarakat mengukir kejayaan masing-masing tanpa mengira latar belakang mereka.

MAHU MASYARAKAT MAJU BERSAMA, KEKALKAN JATI DIRI SG
Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Zhulkarnain Abdul Rahim turut tersentuh apabila Presiden Tharman menyeru supaya memastikan tiada yang ketinggalan dalam mengejar aspirasi kemajuan negara.

"Ucapan Presiden menekankan bagaimana kita secara satu negara harus terus maju tetapi maju secara inklusif. Itu amat tersentuh apabila beliau menyatakan tersebut bahawa dengan kemajuan yang kita mahu capai ataupun menggapai, kita tidak harus terlepas pandang tentang semua lapisan masyarakat, warga negara kita yang mungkin tidak mendapat peluang yang sama rata dan itu satu caranya kita dapat lebih menitikberatkan kemajuan secara inklusif," kata Encik Zhulkarnain.
Seperkara lagi dalam ucapan Presiden Tharman yang menarik perhatiannya ialah tentang pentingnya memelihara kewibawaan negara di mata dunia.
Presiden Tharman juga mengatakan bahawa dunia kian berubah dan keutamaan pemerintah adalah untuk memastikan kedudukan Singapura terus kukuh di persada global.
"Kita sudah melihat di pelbagai negara lain, demokrasi yang lain bagaimana kepercayaan terhakis kerana ada banyak informasi ataupun maklumat palsu ataupun bagaimana hujah-hujah ataupun isu-isu diketengahkan daripada lensa kemasyarakatan tanpa peduli keutuhan negara dan ini satu isu yang membimbangkan. Bagaimana kita sebagai satu warga negara Singapura harus tetap melihat pelbagai isu daripada lensa negara kita. Bagaimana kita harus mengutamakan negara kita," ujar Encik Zhulkarnain.
Beliau yang akan mula rasmi memegang jawatan selaku Menteri Negara bagi Ehwal Luar (MFA) merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mulai 1 Februari 2026, berharap dapat menyumbang kepada usaha merealisasikan wawasan itu.
"Isu-isu hal ehwal negara, bagaimana kita dapat memperlihatkan,mencerminkan jati diri kita, nilai-nilai kita sebagai satu masyarakat yang pelbagai kaum dan negara yang mementingkan kedaulatan, mementingkan isu-isu tentang kesaksamaan dan ini semuanya nilai-nilai yang penting bagi negara kita untuk dapat mengorak langkah dan mengadakan satu tempat atau situasi bagi kita untuk terus maju di persada dunia," kata Encik Zhulkarnain.
Parlimen ke-15 Singapura mempunyai 108 kerusi yang merangkumi 97 Anggota Parlimen, 2 Anggota Parlimen tanpa Kawasan Undi dan 9 Anggota Parlimen Dilantik.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.