Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Isu memperkasa warga muda, ubah stereotaip dalam masyarakat dibincangkan dalam sesi dialog penuntut IHL dengan Presiden Halimah

Sesi di Istana itu dihadiri kira-kira 30 wakil pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti autonomi.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Memperkasa dan mempengaruhi masyarakat, mengubah stereotaip mengenai sesebuah kumpulan masyarakat serta membangunkan pemimpin wanita dalam masyarakat.

Demikian antara isu-isu yang dibincangkan dalam sesi dialog dan majlis berbuka puasa bersama Presiden Halimah Yacob hari ini (29 Apr).

PRESIDEN HALIMAH: PELAJAR S'PURA BERTUAH KERANA ADA AKSES DIGITAL

Sesi di Istana itu dihadiri kira-kira 30 wakil pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti autonomi.

Dalam ucapannya, Presiden Halimah berkata pelajar di Singapura bertuah kerana tidak begitu terjejas teruk akibat COVID-19.

halimah yacob

Ini berbanding banyak negara lain di mana penutupan sekolah berpanjangan memberi kesan buruk kepada kanak-kanak dari keluarga miskin dan tiada akses kepada pembelajaran secara digital.

"Di Singapura, kebanyakan pelajar sudahpun mempunyai akses kepada peralatan digital dan mereka yang tidak mempunyai akses disokong sekolah-sekolah mereka, agensi-agensi relevan serta kumpulan-kumpulan masyarakat.

"Di bawah Program NEU PC Plus, ini juga tumpuan kami tahun lalu, kami bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) untuk menubuhkan dana bagi demi memastikan semua pelajar mendapat akses digital ," kata Puan Halimah.

MASYARAKAT HARUS SIAP SEDIA HARUNGI PERUBAHAN

Puan Halimah juga berkata bahawa perubahan dan gangguan seperti yang dibawa Covid-19 tidak dapat dielakkan dan masyarakat harus bersiap sedia untuk mengharunginya demi membina daya tahan bersama.

halimah yacob

"COVID-19 pastinya bukan wabak terakhir kerana kemungkinan berlakunya penularan virus lain pada masa depan tidak boleh diketepikan.

"Perubahan dan gangguan akibat perubahan iklim juga satu lagi realiti yang mesti kita hadapi secara individu dan secara kolektif, dan ia akan mengubah cara kita hidup dan bekerja.

"Pengajarannya adalah bagi kami menjangkakan perubahan ini, bersiap sedia mengharunginya dan dalam proses itu, membina daya tahan kita bersama," jelas Puan Halimah.

Puan Halimah juga menggalakkan peserta mengikuti perkembangan di dalam dan luar negara supaya bersiap sedia menghadapi perubahan serta menekankan pentingnya menyumbang kepada masyarakat.

BANGKITKAN ISU STEREOTAIP, PEMIMPIN WANITA DALAM MASYARAKAT

Antara isu-isu yang dibangkitkan para penuntut termasuk cara memperkasa dan mempengaruhi individu lain, cara mengubah stereotaip dalam masyarakat serta bagaimana warga muda dapat menyumbang kepada masyarakat.

halimah yacob
(Gambar-gambar: Izzah Imran/BERITAmediacorp)

Mereka turut mendapatkan nasihat Presiden Halimah mengenai daya kepimpinan yang diperlukan sewaktu pandemik serta usaha membangunkan pemimpin wanita dalam masyarakat.

Ketua Projek Capstone di Politeknik Nanyang, Muhammad Muaz Abdul Aziz juga berkata: "Ini satu peluang yang baik untuk saya dan yang lain. Saya juga dapat dengar dari murid-murid lain dari institusi lain dan kita dapat berkongsi pandangan dan pendapat sebagai pemimpin pelajar institut pengajian tinggi."

Presiden Persatuan Islam Universiti Teknikal Nanyang (NTU), Hairawanie Hairudinsah pula berkata: "Selain diberikan peluang untuk berbual dengan Presiden Halimah, saya berpeluang berjumpa dengan ketua-ketua dari institusi lain."

Yang paling penting tambah beliau adalah peluang untuk membangkitkan isu-isu di dalam masyarakat terutama sekali dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan