Skip to main content

Singapura

Isu jagaan kesihatan, perumahan dan kos sara hidup turut jadi keprihatinan belia

Flat-flat HDB masih boleh menikmati kenaikan pada nilainya walaupun setelah mencecah usia 70 tahun, lebih-lebih lagi dengan pelaburan pemerintah menerusi Program Peningkatan Rumah serta Skim Pembangunan Semula Awal Sukarela (VERS).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Sep 2018 09:04PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 09:09PM

SINGAPURA: Flat-flat HDB masih boleh menikmati kenaikan pada nilainya walaupun setelah mencecah usia 70 tahun, lebih-lebih lagi dengan pelaburan pemerintah menerusi Program Peningkatan Rumah serta Skim Pembangunan Semula Awal Sukarela (VERS).

Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan, berkata demikian di satu sesi dialog pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan bersama para belia hari ini (2 Sep).

Sekitar 200 belia dari GRC Sembawang berpeluang untuk membincangkan mesej-mesej utama dalam rapat umum Hari Kebangsaan tahun ini bersama para Anggota Parlimen mereka.

Tiga isu utama yang dibincangkan adalah jagaan kesihatan, perumahan dan kos sara hidup.

Salah satu keprihatinan utama yang diutarakan adalah sama ada flat-flat HDB masih boleh dianggap sebagai satu aset atau sebaliknya.

Menjawab mengenai kaitan antara pertumbuhan ekonomi dengan kenaikan nilai harga hartanah, Encik Khaw yang merupakan mantan Menteri Pembangunan Negara berkata, keadaan ekonomi Singapura yang matang sekarang bermakna nilai flat-flat HDB tidak akan merosot secara mendadak.

Tambahan lagi, program HIP 2 serta VERS akan memastikan flat-flat tersebut dapat mengekalkan nilainya walaupun tempoh pajakannya sudah hampir tamat.

Menyentuh mengenai kos sara hidup pula, Encik Khaw berkata kos sara hidup yang tinggi menandakan sebuah ekonomi yang sihat.

Beliau menambah bahawa para penduduk tidak seharusnya menumpukan pada kos yang meningkat sahaja tetapi juga bagaimana untuk menanganinya agar kos biaya hidup di Singapura kekal dalam kemampuan mereka. 

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita