Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Isu baru harus dibincang teliti lagi matang; asas agama tidak boleh dikompromi, jelas Mufti Negara

Anggaran Waktu Membaca:
Isu baru harus dibincang teliti lagi matang; asas agama tidak boleh dikompromi, jelas Mufti Negara

Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam wawancara Detik Personaliti.

SINGAPURA: Isu-isu baru yang timbul akibat evolusi sosial seperti LGBT harus dibincang dengan teliti serta matang.

Pada masa yang sama, asas-asas agama tidak boleh dikompromi demi memelihara kelestarian dan keharmonian masyarakat.

Demikian respons Mufti Negara Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir apabila ditanya tentang cabaran-cabaran masa kini dalam bual bicara eksklusif Detik Personaliti malam tadi (10 Ogos).

"Realiti kehidupan kita adalah masyarakat dan kehidupan kita akan terus berubah dan ada evolusi sosial seperti yang disebutkan.

"Jadi hari ini, sebagai contoh, di antara evolusi sosial adalah kepelbagaian gaya kehidupan seperti LGBTQ, kepelbagaian dalam kalangan orientasi seksualiti. Saya kira kesan ini telah dirasakan agak mendalam juga di Singapura," kongsi Dr Nazirudin.

"Saya kira pertama adalah dalam apapun perkara, ada asas-asas agama yang kita tak boleh kompromikan.

"Jadi bagaimana peranan kita sebagai masyarakat walaupun kita tahu dalam agama tidak membenarkan sesuatu perbuatan, sebagai contoh amalan seksual dalam LGBTQ, tidak dibenarkan dalam agama.

"Jadi ini adalah isu-isu sosial yang timbul yang perlu dibincang dengan teliti dan masyarakat perlu melihat dengan pemandangan yang matang tentang isu ini - bagaimana kita boleh memelihara kelestarian dan keharmonian masyarakat," ungkap beliau.

"Kita menghormati ada perbezaan dalam kalangan anggota masyarakat yang berbeza," jelas beliau lagi.

Dr Nazirudin juga menambah perlunya lonjakan paradigma dalam mencari huraian-huraian baru dalam dunia yang pesat berubah.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan