Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Isteri mantan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sakit leukemia, dirawat di S'pura

Isteri mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Cik Ani Yudhoyono, dikesan menghidap penyakit leukemia dan kini dirawat di Hospital Universiti Nasional (NUH). Beliau menjalani perubatan di Singapura sejak 2 Feb.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2019 06:25PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 01:38AM

SINGAPURA: Isteri mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Cik Ani Yudhoyono, dikesan menghidap penyakit leukemia dan kini dirawat di Hospital Universiti Nasional (NUH). Beliau menjalani perubatan di Singapura sejak 2 Feb.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman Youtube, Dr Yudhoyono berkata isterinya dimasukkan ke NUH atas saranan pasukan perubatan Presiden.

Menurut Dr Yudhoyono, isterinya sedang menjalani rawatan intensif di hospital itu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean menghantar kad-kad ucap selamat, mengharapkan agar beliau cepat sembuh.

Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan turut menziarahi Cik Ani di hospital pada Khamis (7 Feb).  

Sumber : CNA/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan