Isteri dilihat merangkak dalam panggilan video kerja suami cetus gelak tawa netizen
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TikTok/@shutzyy
SINGAPURA: Kita semua sudah pastinya pernah berdepan dengan beberapa keadaan yang tidak disengajakan semasa mengikuti mesyuarat melalui panggilan video Zoom atau bentuk persidangan video lain.
Namun, insiden yang baru sahaja berlaku di Singapura ini mungkin tidak dapat ditandingi.
Seorang wanita Singapura dirakam sedang merangkak di dalam bilik sementara suaminya sedang menjawab panggilan video kerja.
Wanita Singapura dengan nama akaun "shutzyy" di TikTok, memuat naik detik lucu itu pada Jumaat (18 Nov). Ia mencetuskan gelak tawa warga net.
Video itu menerima lebih 400,000 tontonan dan 18,400 tanda suka dalam tempoh tiga hari.
Beliau menjelaskan bahawa suaminya sedang menjawab panggilan video dan beliau hendak masuk ke bilik untuk mengambil jam tangan beliau yang diletak di meja.
Untuk mengelak daripada wajahnya dilihat di skrin komputer, apa yang beliau boleh fikirkan pada saat itu adalah untuk bersembunyi dan merangkak masuk ke dalam bilik.
"Itu yang saya lakukan dan saya fikir tiada orang yang melihat saya," kata beliau.
Walaupun suaminya berjaya menahan tawa, beliau tidak boleh memberikan tumpuan kepada kerjanya dan tergamam ketika melihat isterinya sedang merangkak di dalam bilik itu.
Ramai warga net 'tabik hormat' kepada suami wanita itu kerana kekal profesional.
Seorang pengguna TikTok berkata pada saat suaminya melihat isterinya merangkak: "Tiga 'uhms' itu adalah saat beliau sedang berjuang untuk hidup ������.”
Seorang lagi berkata, "Kawalan dirinya sangat baik...Saya akan ketawa terbahak-bahak tidak kira berapa pentingnya panggilan itu."
Pengguna TikTok juga turut berikan cadangan bagaimana wanita itu boleh mengelak daripada tertangkap dalam situasi yang serupa.
Ada yang berkata,"Mungkin anda boleh jalan sahaja untuk mengambil jam anda. Rakan sekerja saya biarkan kucingnya berjalan di atas komputer ribanya."
Seorang lagi berkata: "Jika anda melakukan 'leopard crawl' ia lebih baik."
Seorang pengguna TikTok bertanya: "Beliau tidak tahu bagaimana untuk betulkan kamera?
Wanita itu kemudian menjawab "Suami saya terlalu terkejut untuk lakukan apa-apa pada saat itu."
Seorang lagi menarik perhatian bahawa video itu mungkin dilakonkan dan menyoal "Siapa rakam video Zoom?".
Wanita itu kemudian menjelaskan di ruangan komen bahawa ia adalah rakaman skrin di Zoom kerana ia adalah pembentangan kerja kepada pelanggannya.
Bagaimanapun, tidak jelas jika pelanggan dalam panggilan video itu melihat isteri lelaki berkenaan sedang merangkak pada masa itu. Namun, dengan video yang semakin tular, mereka mungkin dapat peluang untuk melihatnya sendiri.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.