Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Istana dibuka sempena Deepavali; langkah COVID-19 dipatuhi

Orang ramai berpeluang berkunjung ke pekarangan Istana yang dibuka hari ini (4 Nov) kepada orang ramai sempena perayaan Deepavali.

Anggaran Waktu Membaca:
Istana dibuka sempena Deepavali; langkah COVID-19 dipatuhi

Para pengunjung rumah terbuka Istana sempena Deepavali. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 04 Nov 2021 06:21PM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 06:23PM

SINGAPURA: Orang ramai berpeluang berkunjung ke pekarangan Istana yang dibuka hari ini (4 Nov) kepada orang ramai sempena perayaan Deepavali.

Tahun lalu, acara tahunan itu berlangsung secara online ekoran pandemik.

Para pengunjung perlu terlebih dahulu menempah tiket secara dalam talian, namun dihadkan hanya dua jam setiap slot.

Ramai yang menggunakan kesempatan tersebut untuk menikmati suasana menghijau di taman-taman sekeliling Istana.

Namun, tidak seperti sebelum ini, tiada sebarang persembahan atau gerai-gerai makanan.

Langkah-langkah waspada tetap dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengunjung, seperti mewajibkan pemakaian pelitup sepanjang masa.

Kali terakhir Istana dibuka kepada orang ramai adalah pada Ogos lalu, sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Sumber : CNA/IQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan