Istana dibuka kepada umum pada 24 Okt sempena Deepavali
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelang Isnin (24 Okt) depan, Istana akan membuka pintunya kepada orang ramai.
Orang ramai berpeluang meneroka pekarangannya dan menikmati pelbagai aktiviti seperti persembahan kugiran muzik dan juga tarian.
Dalam mesej Deepavalinya, Presiden Halimah Yacob menarik perhatian tentang peri pentingnya perayaan Deepavali kepada para penganut Hindu, terutama dengan pelonggaran sekatan COVID-19.
Puan Halimah turut menekankan nilai perayaan sedemikian bagi keluarga-keluarga tempatan.
Menurut Presiden Halimah, "Perayaan seperti Deepavali merupakan titik sentuh semula jadi bagi keluarga untuk menguatkan lagi komitmen untuk menyokong satu sama lain semasa masa-masa senang dan juga susah."
Presiden Halimah malah, menambah bahawa menerusi detik-detik perkongsian dengan rakan dan jiran dari budaya lain sebegitu, kita dapat mengukuhkan lagi kepercayaan dan persefahaman, terutama sekali dalam negara berbilang kaum seperti Singapura.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.