Istana dibuka kepada awam pada hari kedua Tahun Baru Cina
Istana akan dibuka kepada awam pada 6 Februari dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang sempena Tahun Baru Cina, menurut Pejabat Presiden pada Selasa (29 Jan).
Bangunan utama Istana (Gambar: Laman web Istana)
SINGAPURA: Istana akan dibuka kepada awam pada 6 Februari dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang sempena Tahun Baru Cina, menurut Pejabat Presiden pada Selasa (29 Jan).
Sebagai menyambut ulang tahun Istana ke-150, Presiden Halimah Yacob juga akan melancarkan Siri Cenderamata Istana 150 yang eksklusif semasa rumah terbuka itu, menurut kenyataan media.
Siri itu merupakan kerja sama antara Istana dan Singapore Mint dan terdiri daripada medalion perak dan kad FlashPay yang menunjukkan ciri-ciri penting Istana serta bangunan di pekarangan Istana.
Mereka yang membeli cenderamata pada hari pelancaran akan menerima sijil khas.
Antara tarikan lain hari rumah terbuka itu termasuk tarian singa, tarian Cina serta pertunjukan wushu.
Para pengunjung juga boleh mencuba kaligrafi Cina dan mendaftar untuk lawatan terpimpin sekeliling Istana yang membolehkan mereka untuk melihat bilik-bilik tertentu serta koleksi hadiah yang diterima oleh presiden dan perdana menteri.
Rumah terbuka adalah percuma bagi semua warga dan penduduk tetap Singapura. Warga asing dikenakan bayaran masuk S$2.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.