Istana bakal dibaik pulih mulai separuh kedua 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo
SINGAPURA: Bangunan utama Istana dijadualkan menjalani kerja-kerja pemulihan secara besar-besaran, mulai separuh kedua 2024.
"Kerja-kerja pemulihan diperlukan untuk menangani kemerosotan disebabkan usia dan keadaan persekitaran seperti hujan dan kelembapan, yang menjejas struktur dan pertukangan kayu bangunan tersebut," nyata Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Jumaat (12 Jan).
"Langkah-langkah juga perlu diambil untuk mencegah kelembapan dalam bangunan pada masa depan, memulihkan sebahagian struktur dan menaik taraf sistem elektrik dan mekanikal sedia ada supaya ia cekap tenaga."
Istana merupakan kediaman rasmi Presiden Singapura.
Dibina oleh kerajaan Britain antara 1867 dengan 1869 untuk menempatkan gabenor negara itu, bangunan tersebut memaparkan peralihan Singapura daripada tanah jajahan kepada negara berdaulat
Bangunan utama Istana diwartakan sebagai monumen negara pada 1992. Kali terakhir ia menjalani kerja ubah elok secara besar-besaran adalah pada tahun 1990-an.
"Kerja-kerja pemulihan dan penyenggaraan itu memastikan ia dipelihara dengan baik dan kekal berfungsi untuk kepentingan sejarah dan sebagai tempat untuk acara-acara penting negara dan majlis-majlis masyarakat," menurut NHB.
Rancangan bagi kerja baik pulih itu pertama kali diumumkan pada 2021.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong memberitahu parlimen ketika itu bahawa kerja pemulihan akan dimulakan pada 2023.
Dalam satu kemas kini pada Mac lalu, tarikh bermulanya projek itu dikatakan pada awal 2024.
NHB menyatakan tender dikeluarkan pada Jumaat bagi kontraktor yang disenarai pendek untuk mengemukakan cadangan dan tawaran harga bagi projek pemulihan Istana, sambil menambah bahawa tender itu akan diberikan pada separuh kedua 2024.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.