Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Istana anjur rumah terbuka pada 1 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Buruh

Anggaran Waktu Membaca:
Istana anjur rumah terbuka pada 1 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Buruh

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 21 Apr 2023 12:08PM Dikemas Kini : 21 Apr 2023 12:41PM

SINGAPURA: Istana akan membuka pintunya kepada orang ramai pada 1 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh.

Demikian menurut Pejabat Presiden pada Jumaat (21 Apr).

Orang ramai boleh mengunjungi kolam angsa Istana yang dipertingkat, yang dilancarkan Presiden Halimah Yacob pada awal bulan ini. Kolam tersebut menampilkan ruang baru untuk menikmati pemandangan dan aliran taman serta pilihan pokok renek yang berbunga serta harum.

Terdapat juga pelbagai sajian persembahan secara langsung dan astaka-astaka kegiatan, termasuk membentuk belon serta melukis inai, bakal disediakan di Istana, yang akan dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.

Sementara itu, kumpulan-kumpulan pelajar akan membuat persembahan pancaragam, tarian serta dikir barat di plaza istiadat, khemah utama dan bilik penyambut tetamu bermula jam 10.15 pagi hingga 4.00 petang.

Terdapat juga gerai-gerai makanan dan minuman, trak makanan serta astaka-astaka yang menjual cenderahati edisi terhad bertemakan Istana dan Cabaran Presiden.

Lawatan berpandu akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang, di mana para pengunjung berpeluang meninjau-ninjau beberapa bilik majlis dan melihat dengan lebih dekat lagi koleksi hadiah negara yang diberikan kepada para pemimpin Singapura.

Para pengunjung juga boleh memilih untuk meneroka sendiri Istana. Bagi yang mempunyai minat terhadap flora dan fauna di pekarangan Istana, mereka boleh menyertai lawatan berpandu alam semula jadi dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Yurannya adalah seperti berikut:

s


Para sukarelawan daripada Lembaga Warisan Negara (NHB) akan mengendalikan lawatan berpandu di bangunan utama Istana, yang dihadkan kepada 15 pengunjung dalam setiap kumpulan dan akan dilakukan pada setiap 30 minit.

Kesemua hasil kutipan yuran dan penjualan di gerai-gerai cenderahati serta yuran bagi lawatan berpandu akan disalurkan kepada badan-badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden, menurut Pejabar Presiden. Hanya pembayaran tanpa tunai menerusi SGQR akan diterima.

Kemasukan ke pekarangan Istana adalah percuma bagi warga Singapura dan penduduk tetap (PR). Semua pengunjung lain berusia atas empat tahun perlu membayar yuran kemasukan S$2 setiap seorang menerusi SGQR.

Menurut Pejabat Presiden, kemasukan ke pekarangan Istana mungkin dihadkan disebabkan faktor kapasiti, cuaca buruk atau sebab-sebab lain.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan