Istana anjur rumah terbuka mulai 17 Jul; pengunjung dapat nikmati pelbagai aktiviti menarik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Laman web The Istana)
SINGAPURA: Mulai Ahad ini (17 Jul), rakyat Singapura dapat menonton persembahan langsung dan menyertai pelbagai aktiviti di Istana sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Rumah terbuka sebegini diadakan buat julung-julung kalinya setelah lebih dua tahun tertanggung oleh pandemik COVID-19.
Para pengunjung bakal dihiburkan persembahan tarian dan pancaragam oleh para pelajar daripada empat sekolah menengah termasuk Sekolah Menengah Ang Mo Kio dan Sekolah Menengah Seng Kang.
Terdapat juga gerai kraftangan serta permainan sukan dan karnival yang boleh dinikmati para pengunjung.
Lawatan berpandu ke dalam bangunan utama Istana dan taman juga akan diadakan.
Rumah terbuka kali ini akan turut menampilkan trak makanan dan penjualan pelbagai cenderamata.
Semua hasil jualan akan disalurkan kepada badan-badan amal.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.