Isi rumah SG boleh tebus Baucar CDC S$300 mulai 2 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Isi rumah warga Singapura boleh menebus dan menggunakan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$300 mulai Jumaat (2 Jan).
Baucar tersebut, yang bertujuan membantu isi rumah menangani cabaran kos sara hidup, akan dibahagikan sama rata bagi perbelanjaan: S$150 di peniaga dan penjaja kawasan kejiranan, serta S$150 di pasar raya yang mengambil bahagian.
Seperti sebelum ini, seorang ahli keluarga daripada setiap isi rumah warga Singapura boleh melungsuri go.gov.sg/cdcv dan log masuk menggunakan Singpass untuk menebus baucar digital tersebut.
Setelah ditebus, kiriman SMS daripada gov.sg akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan, mengandungi pautan baucar unik yang boleh dikongsi dalam kalangan ahli isi rumah.
Baucar ini sah sehingga 31 Disember 2026.
Mengumumkan pelancaran baucar tersebut di Kelab Masyarakat Punggol 21 pada pagi Jumaat (2 Jan), Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata lebih daripada 24,000 peniaga dan penjaja kejiranan telah menyertai Skim Baucar CDC.
Jumlah ini meningkat daripada kira-kira 23,000 peniaga yang menyertai skim tersebut pada 2025.
Lapan rangkaian pasar raya turut mengambil bahagian dalam skim ini. Pasar raya yang terlibat ialah Ang Mo Supermarket, Cold Storage, Giant Singapore, HAO Mart, NTUC FairPrice, Prime Supermarket, Sheng Siong dan U Stars Supermarket.
Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, berkata dalam ucapannya bahawa walaupun anggaran awal menunjukkan ekonomi Singapura berkembang sebanyak 4.8 peratus pada 2025, masih ada cabaran pada masa akan datang.
Ini termasuk rantaian bekalan yang sedang disusun semula, dasar perdagangan yang semakin berpecah, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) yang mengubah perniagaan dan pekerjaan, serta pertumbuhan yang dijangka menjadi lebih tidak seimbang dan tidak menentu, katanya.
“Baucar CDC memberi jaminan segera dan sokongan praktikal, manakala ESR (Economic Strategy Review atau Semakan Strategi Ekonomi) membina asas untuk masa depan.
"Kedua-duanya saling melengkapi,” kata Encik Gan, yang mempengerusikan Pasukan Bertindak Daya Tahan Ekonomi Singapura.
ESR dilancarkan pada Ogos 2025 bagi merangka pelan ekonomi untuk memastikan negara kekal berdaya saing di peringkat global dalam jangka panjang.
Pemberian baucar ini diumumkan dalam Belanjawan 2025, apabila Perdana Menteri Lawrence Wong berkata setiap isi rumah rakyat Singapura akan menerima Baucar CDC bernilai S$800 bagi membantu mengimbangi kos yang meningkat.
Baucar pertama bernilai S$500 diagihkan pada Mei 2025.
Pada Julai tahun lalu, semua rakyat Singapura berusia 21 tahun ke atas turut menerima Baucar SG60 bernilai S$600, manakala warga emas berusia lebih 60 tahun menerima tambahan S$200.
Semasa berucap di majlis pelancarannya, Pengerusi Jawatankuasa Datuk Bandar dan Datuk Bandar CDC Barat Daya Low Yen Ling berkata peniaga kejiranan dalam sektor makanan kekal menjadi tumpuan utama Skim Baucar CDC.
Lebih separuh daripada 24,000 penjaja dan peniaga kejiranan yang menyertai skim ini adalah daripada sektor makanan dan minuman (F&B), katanya.
Kadar penebusan Baucar CDC mencatat purata melebihi 97.9 peratus merentasi tujuh agihan lalu dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, tambahnya.
BANTUAN BAGI PENDUDUK
Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan bagi agihan kelapan Skim Baucar CDC ini.
Sebaliknya, maklumat mengenai proses penebusan akan disediakan melalui platform digital, media sosial, iklan akhbar dan poster masyarakat.
Dari 2 hingga 15 Januari, Duta Digital Pejabat Digital SG dan Duta Kesejahteraan Infokom Warga Emas akan ditempatkan di Balai Rakyat terpilih dan Hab Masyarakat Digital SG untuk membimbing penduduk.
Pada minggu pertama pelancarannya, lebih 500 sukarelawan daripada institusi-institusi seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Maktab Rendah St Andrew (SAJC), Politeknik Ngee Ann (NP) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) turut dikerahkan ke balai rakyat yang sibuk. Mereka akan bekerjasama dengan Duta CDC untuk membantu penduduk bagi proses penebusan.
Persatuan Rakyat (PA) dan CDC menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menebus Baucar CDC.
Penebusan Baucar CDC tidak memerlukan penduduk mendedahkan sebarang butiran log masuk bank, memindahkan wang, atau memasang aplikasi mudah alih daripada kedai aplikasi tidak rasmi.
Mereka yang menerima sebarang mesej mencurigakan berkaitan gov.sg atau Baucar CDC diminta menghubungi PA di talian 6225 5322.
Skim Derma Baucar CDC dibuka sehingga 31 Jan 2026 bagi isi rumah yang ingin menderma baucar yang tidak digunakan kepada Institusi Bertaraf Awam (IPC) yang mengambil bahagian.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.