Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Isi rumah berpendapatan rendah akan terima baucar pengangkutan S$30

Anggaran Waktu Membaca:
Isi rumah berpendapatan rendah akan terima baucar pengangkutan S$30

(Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Sebanyak 600,000 baucar pengangkutan awam bernilai $30 setiap satu akan diagihkan kepada isi rumah berpendatan lebih rendah untuk membantu mereka membiayai tambang bas dan kereta api yang akan dinaikkan pada 26 Disember.

Langkah ini menyusuli keputusan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) untuk menaikkan tambang bas dan kereta api sebanyak 2.9 peratus selepas penilaian semula tambang yang diadakan secara tahunan ekoran kos tenaga yang meningkat.

Baucar-baucar itu boleh digunakan untuk mengisi kad tambang atau membeli pas konsesi bulanan, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (12 Okt).

Sama dengan pengagihan baucar pengangkutan awam tahun lalu, ia akan diberikan kepada isi rumah yang mempunyai
pendapatan isi rumah bulanan setiap orang tidak melebihi S$1,600.

Baucar akan diagihkan pada dua peringkat.

Pada peringkat pertama, isi rumah yang mendapat baucar tersebut pada 2021 dan terus memenuhi kriteria pendapatan rumah yang ditetapkan akan secara langsung menerima surat untuk memberitahu mereka bahawa mereka sudah layak dan tidak perlu membuat permohonan. Ini akan dilakukan selewat-lewatnya pada akhir Disember.

Pada peringkat kedua, yang akan bermula pada awal 2023, isi rumah yang memenuhi kriteria pendapatan rumah yang ditetapkan tetapi tidak menerima baucar pada peringkat pertama boleh buat permohonan secara online atau fizikal di balai rakyat berdekatan mereka atau di kelab masyarakat kejiranan mereka.

Kesemua baucar harus digunakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2024.
Sumber : CNA/HY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan