Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IRCC tukar nama kepada Kumpulan Keharmonian Kaum dan Agama

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama atau IRCC, diberi nama baru dalam satu usaha penjenamaan semula.

Ia kini dikenali sebagai Kumpulan Keharmonian Kaum dan Agama.

Ini sesuai dengan kemas kini ke atas misinya untuk menggalak keharmonian kaum dan agama di tengah-tengah perubahan pemikiran, perpecahan yang semakin meningkat dalam masyarakat dan media sosial.

Ia diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong di acara sambutan ulang tahun ke-20 IRCC.

IRCC ditubuhkan menyusuli peristiwa 11 September dan ancaman kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat.

Kini, Kumpulan Harmoni mahu menggunakan pendekatan seluruh masyarakat.

Ia akan menganjurkan bengkel bagi menangani sikap berat sebelah dan prejudis; meningkatkan pendekatan digital menerusi media sosial dan podcast; serta mewujudkan program yang memupuk interaksi lebih luas dalam masyarakat menerusi sukan dan seni.

Dalam ucapannya, Encik Tong mengingatkan masyarakat supaya jangan leka kerana adanya ancaman seperti menjadi radikal secara sendiri dan ucapan-ucapan berbaur kebencian.

Bermula Ogos, sebilangan cadangan akan dilaksanakan dan disemak.

Ia kemudian akan dilaksanakan secara lebih meluas di Kumpulan Harmoni di serata negara dalam tempoh tiga tahun ini.

"Kita mesti mendidik generasi muda bahawa (keharmonian) ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia berlaku kerana kerja keras yang kita semua lakukan," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong.

"Saya rasa banyak pujian harus diberikan kepada setiap anggota IRCC sejak bertahun-tahun lamanya. Kerja keras anda membina IRCC memastikan bahawa sejak 20 tahun lalu ia cukup produktif dan memperkukuh fabrik sosial kita," tambah beliau.

"Mulai hari ini, jika kita memandang 20 tahun ke hadapan dan selanjutnya, ia sudah memberi kita asas kuat dan wadah untuk meneruskan kerja membina keharmonian kaum dan agama," ujar Encik Tong.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan