Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IRAS beri amaran penipuan pancing data sasar pembayar cukai

Anggaran Waktu Membaca:
IRAS beri amaran penipuan pancing data sasar pembayar cukai

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 04 Oct 2022 07:34PM Dikemas Kini : 04 Oct 2022 08:12PM
SINGAPURA: Orang ramai dinasihati agar berwaspada terhadap penipuan pancingan data menerusi e-mel dan pesanan ringkas SMS yang dikirimkan kepada mereka yang mendakwa datang daripada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS).

E-mel itu kononnya berhubung dengan pulangan cukai menggunakan identiti palsu yang didakwa dari IRAS.

Apabila pengguna klik pada pautan yang dilampirkan, mangsa akan dibawa ke laman log masuk palsu yang meminta maklumat peribadi, dan sebuah lagi laman yang meminta maklumat kad kredit.

Satu lagi kaedah penipuan pula membabitkan SMS yang meminta maklumat pendapatan dan tidak membayar cukai.

Untuk mencegah penipuan sedemikian, orang ramai dinasihati agar hanya menggunakan borang dan khidmat digital di laman myTax Portal dan log masuk ke Singpass bagi sebarang urus niaga cukai.

Orang ramai juga dinasihati agar hanya klik pautan yang mengandungi i-ras.gov.sg atau go.gov.sg.

Mereka juga diingatkan agar jangan memuat turun sebarang fail, mengklik pautan atau menyediakan maklumat peribadi dalam sebarang emel atau SMS mencurigakan.

Sesiapa saja yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh menghubungi polis di 1800-255-0000 atau menghubungi Talian Anti Skim Penipuan di 1800-722-6688 untuk maklumat lanjut mengenai skim penipuan.
Sumber : CNA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan