IRAS akan tuntut balik S$60 juta dari pembeli hartanah privet yang guna skim '99-ke-1' untuk kurangkan ABSD
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) menemui 166 kes hartanah privet yang dibeli melibatkan skim "99-ke-1", sebagai cara untuk elakkan bayaran Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD).
Encik Chee Hong Tat, yang ketika itu Menteri Negara Kanan bagi Kewangan, berkata pada April tahun lalu bahawa sebagai sebahagian daripada usaha pengawasannya, IRAS mengesan pengaturan "99-ke-1" yang kecil, namun meningkat, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan pihak berkuasa sudah memulakan audit ke atas transaksi tersebut.
Setakat April, IRAS sudah menyelesaikan semakan ke atas 187 kes "99-ke- 1" tersebut, di mana 166 kes didapati melibatkan tindakan mengelakkan cukai, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Selasa (7 Mei).
"Kira-kira S$60 juta ABSD dan yuran tambahan akan dikenakan sewajarnya," tambahnya.
10 KES DISEMAK OLEH MAJLIS AGENSI HARTANAH
Encik Wong menjelaskan bahawa ketika pengaturan sedemikian dibuat untuk mengurangkan cukai yang harus dibayar, Pesuruhjaya Duti Setem diberikan kuasa untuk "mengabaikan transaksi individu dan menilainya sebagai pembelian tunggal bersama".
Encik Wong menambah bahawa pesuruhjaya diberikan kuasa mengambil jumlah ABSD yang harus dibayar, serta yuran tambahan 50 peratus.
Daripada 166 kes yang didapati melibatkan pengelakan cukai, kira-kira 10 daripadanya mempunyai bukti potensi melibatkan ejen hartanah dan "sedang disemak oleh Majlis Agensi Hartanah".
IRAS memberitahu Mediacorp April lalu bahawa jika ia menentukan pengelakan cukai berlaku, ia akan mendapatkan semula jumlah duti setem yang harus dibayar dan mengenakan yuran tambahan 50 peratus ke atas duti tambahan yang harus dibayar.
Sekiranya duti setem dan yuran tambahan tidak dibayar pada tarikh akhir, ia juga boleh mengenakan hukuman sehingga empat kali ganda jumlah yang tertunggak.
IRAS menambah bahawa tempoh masa tidak penting dan audit boleh dilakukan ke atas mana-mana kes atau transaksi lalu.
Mengenai kes ejen hartanah tersebut, IRAS akan menyerahkannya kepada Majlis Agensi Hartanah untuk disiasat dan tindakan disiplin diambil.
IRAS juga akan menyerahkan individu-individu yang mempromosikan atau memudahkan pengaturan pengelakan cukai tersebut kepada agensi kawal selia yang berkaitan, kata Encik Chee.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.