Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IPS adakan panel tinjau lanskap pekerjaan di SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Feb 2023 06:32PM Dikemas Kini : 11 Feb 2023 09:33PM
SINGAPURA: Lebih 60 warga Singapura disertakan ke dalam satu panel bagi memikirkan huraian kepada soalan-soalan sukar mengenai daya tahan pekerjaan.

Ia merupakan panel Institut Kajian Dasar (IPS) yang pertama
dalam tempoh empat tahun, untuk meninjau lanskap pekerjaan di Singapura.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng dan Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng turut hadir di pertemuan pertama panel tersebut PADA Sabtu (11 Feb).

Kumpulan itu membincangkan tema-tema seperti bagaimana untuk membantu para pekerja menyesuaikan diri, serta kekal berdaya kerja sepanjang kerjaya mereka.

Ia turut menyentuh isu-isu seperti bagaimana menggalak lebih ramai pekerja mengikuti kursus latihan, serta apakah bentuk bantuan yang sesuai untuk golongan penganggur.

Huraian yang disarankan panel tersebut akan dibentangkan kepada para penggubal dasar.

Panel tersebut dianggotai pelbagai lapisan masyarakat, termasuk majikan, pekerja bebas serta para penyelidik.

"Ini tentang bagaimana kita hubungkan kesemuanya dan tumpukan kepada seseorang pekerja. Bagaimana kita gabungkan risiko pekerjaan mengikut hayat kita semua sebagai rakyat Singapura," kata Zamil Kanan & Ketua Jabatan Tadbir Urus & Ekonomi, IPS.

"Ini yang saya fikir, cabaran terbesar kita. Mengubah semula haluan kita daripada hanya memikirkan bahawa pemerintah yang harus lakukan itu dan ini. Serta memikirkan cara lain kita dapat lakukannya bersama," tambahnya.

"Jaminan kerjaya, daya tahan kerjaya, melibatkan usaha membina langkah tambahan untuk daya tahan kemajuan bagi kerjaya anda, serta lebih penting lagi, prospek kerjaya anda," kata Dr Tan See Leng.

"Kita tidak boleh tunggu sehingga berisiko diberhentikan kerja, baru mahu memupuk amalan-amalan sihat. Anda perlu merancang lebih awal matlamat kerjaya anda, mengikut keperluan dan minat anda, serta terus-menerus memastikan anda sentiasa di hadapan," tambahnya.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan