IOI Central Boulevard Towers dijangka redakan tekanan bekalan ruang pejabat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah bangunan IOI Central Boulevard siap dibina pada awal tahun depan, ia dijangka meredakan tekanan bekalan bagi ruang pejabat premium di Kawasan Pusat Bandar (CBD).
Bangunan baharu itu akan mewujudkan lagi sekitar 1.26 juta kaki persegi ruang pejabat dan 30,000 kaki persegi ruang untuk pengendali runcit serta makanan dan minuman.
Permintaan bagi ruang pejabat Premium atau Gred A di CBD, melonjak sejak tahun lalu.
Sedang firma-firma global mengembangkan operasi masing-masing, ruang pejabat pula terhad.
Lebih tepat lagi, kurang 5 peratus ruang kosong tersedia, iaitu antara perangkaan paling rendah di rantau ini.
Namun, ini suatu berita gembira bagi para pemaju seperti IOI Properties.
Setakat ini, 40 peratus ruang pejabat yang disediakannya di Central Boulevard Towers sudahpun ditempah.
Lagi 20 peratus kini di peringkat rundingan lanjutan.
Antara syarikat yang mendaftar bagi ruang tersebut termasuk firma khidmat kewangan dan perbankan serta pengurusan teknologi dan aset.
Bangunan itu terletak di tapak strategik di Marina Bay.
Ia mempunyai akses langsung kepada MRT Downtown dan laluan berbumbung ke stesen-stesen Marina Bay, Raffles Place serta Shenton Way.
Bangunan tersebut juga ada kemudahan seperti laluan berlari-lari anak sejauh 200 meter di taman bahagian bumbungnya, selain tempat letak basikal dan sebuah tajaka.
Malah, ia juga sebuah 'bangunan hijau' yang lengkap dengan ciri-ciri jimat air dan lif yang cekap tenaga.
Di majlis menandakan selesainya pemasangan rasuk sokongan bangunan ini, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata sedang projek seumpama itu menjadi lebih kompleks, kerjasama lebih kukuh diperlukan antara pihak-pihak terlibat.
Kontrak kerjasama juga boleh meliputi mekanisme saling menguntungkan yang saksama. Misalnya, boleh ada fasal-fasal yang menetapkan prinsip perkongsian risiko bagi naik turun harga barangan ataupun fasal-fasal yang membolehkan perkongsian penjimatan kos. Ini demi menggalak semua pihak untuk tampil mengemukakan kaedah-kaedah baharu lagi inovatif bagi melaksanakan projek.
Beliau menambah pemerintah akan membantu dalam usaha sedemikian sebagai sebahagian daripada Perancangan Perubahan Industri Persekitaran Binaan.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.