Interpol akan perluas kehadiran di SG, sedang kes seludup dadah rentas sempadan, jenayah siber meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pejabat Interpol di Singapura. (Gambar: REUTERS/Thomas White)
SINGAPURA: Badan polis global, Interpol, sedang memperluaskan kehadirannya di Singapura menyusuli peningkatan jenayah siber dan penyeludupan dadah rentas sempadan di rantau Asia Pasifik.
Sejak pandemik COVID-19, para penjenayah semakin beralih ke ruang siber dan jenayah berasaskan teknologi pula semakin canggih.
Interpol menyatakan tindak balasnya juga mesti berkembang dengan pantas.
Pertubuhan itu menyatakan bahawa Singapura mempunyai teknologi, bakat dan kemudahan yang berupaya menyokong usaha menjaga keselamatan global.
Interpol kini sedang memanfaatkan sistem kecerdasan buatan (AI) yang berupaya berfikir, merancang dan bertindak dengan pengawasan manusia yang minimum untuk meleburkan taktik jenayah digital yang kian berubah-ubah.
Bagi membangunkan keupayaan masa hadapan, ia bekerjasama dengan beberapa institusi tempatan termasuk Pasukan Polis Singapura (SPF), Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), dan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX).
Kepakaran pertubuhan tempatan menjadi antara sebab utama Interpol memperluaskan operasinya di sini.
JENAYAH RENTAS SEMPADAN SUKAR DIBANTERAS
Pengarah Jenayah Siber Interpol, Neal Jetton, berkata kes-kes yang dipacu teknologi sering sukar disiasat kerana ia bersifat rentas sempada, bergerak pantas dan melintasi pelbagai sempadan dengan mudah serta dalam skala besar.
Sebagai contoh, satu perempat daripada emel pancingan data hari ini dihasilkan sepenuhnya oleh AI, membolehkan pelaku mencipta mesej yang semakin meyakinkan, diperibadikan dan sukar dikesan.
Encik Tariq Malik, pengarah pembinaan kapasiti dan latihan agensi itu, berkata kerjasama rentas sempadan kini bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan, kerana “tiada lagi jenayah yang bersifat tempatan”.
INTERPOL DI SINGAPURA
Sebahagian besar penyelarasan ini dilakukan di Markas dan Pusat Penyelerasan Interpol, di mana pakar dari seluruh dunia, yang fasih dalam pelbagai bahasa, memberikan sokongan 24 jam kepada 196 negara anggota.
Singapura menjadi tuan rumah kepada salah satu daripada tiga bilik operasi pertubuhan itu - dua lagi terletak di Lyon, Perancis dan Buenos Aires, Argentina.
Kemudahan ini ditempatkan di Napier Road, dalam Kompleks Inovasi Global Interpol - hab teknologi serba canggih, yang berfungsi untuk membangunkan kerjasama memerangi jenayah siber dan menjalankan latihan penting untuk negara anggota.
Kompleks itu mula beroperasi pada 2015 dan menggajikan lebih 140 kakitangan.
Kini setelah genap 10 tahun di Singapura, Interpol menegaskan ini baru setakat permulaan.
Pusat itu sedang berkembang, dengan Singapura memainkan peranan lebih besar dalam masa depan kepolisan global, termasuk infrastruktur baharu, hubungan antarabangsa yang lebih kukuh, dan latihan generasi baharu.
Apabila Interpol mula-mula ditubuhkan pada 1923 - ketika itu dikenali sebagai Suruhanjaya Polis Jenayah Antarabangsa - hanya satu negara Asia yang terlibat: Jepun.
Tahun ini, agensi itu berjaya menghimpunkan 26 negara di Asia untuk memerangi penyalahgunaan perisian hasad jenis "pencuri maklumat".
Operasi yang dijalankan selama beberapa minggu itu berjaya membanteras dan menghapuskan 20,000 alamat IP yang berkait dengan perisian hasad tersebut, yang membawa kepada 32 penangkapan.
Walaupun peralatan bagi memerangi jenayah kini semakin moden, Interpol menegaskan misinya kekal sama: untuk melatih dengan lebih berkesan, bertindak balas dengan lebih pantas dan bekerjasama merentas sempadan.
Dengan ancaman yang semakin kompleks, Interpol menyatakan Singapura akan terus menjadi hab global yang penting.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.