Integrasi ekonomi harus kekal sebagai agenda teras ASEAN: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/POOL/WILLY KURNIAWAN)
JAKARTA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata integrasi ekonomi harus terus menjadi tumpuan agenda ASEAN dalam proses mencapai Visi Masyarakat ASEAN 2045.
Dalam satu sesi pleno pada Selasa (5 Sep), para pemimpin turut membincangkan peta hala tuju jangka panjang bagi Visi Masyarakat ASEAN 2045.
PM Lee menekankan bahawa integrasi ekonomi perlu menjadi tumpuan agenda ASEAN dalam mencapai visi tersebut.
Menurut beliau, ASEAN perlu bergerak pantas untuk membangunkan bidang-bidang pertumbuhan baru, lebih-lebih lagi dalam ekonomi digital dan hijau.
Maka itu, PM Lee mengalu-alukan pelancaran Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN yang akan memudahkan perdagangan digital rentas sempadan.
Ini juga akan meningkatkan kemahiran digital di rantau ini.
Beliau berharap perjanjian ini dapat dimuktamadkan menjelang 2025.
EKONOMI HIJAU
Tentang ekonomi hijau, PM Lee berkata peralihan kepada tenaga hijau adalah penting bagi pembangunan mampan dan kemakmuran berterusan negara anggota ASEAN.
Ia termasuk grid tenaga ASEAN, yang mewakili dasar ASEAN yang sama terhadap ketersambungan tenaga dan perdagangan serta standard keharmonian bagi eksport tenaga rentas sempadan.
PM Lee menarik perhatian kepada Projek Penyepaduan Tenaga Lao PDR- Thailand-Malaysia-Singapura yang bertindak sebagai "pencari laluan".
Projek tersebut membolehkan perdagangan daya tenaga rentas sempadan sehingga 100 megawat dari Laos ke Singapura, menerusi Thailand dan Malaysia, menggunakan hubungan sedia ada bagi tempoh dua tahun.

PM Lee menambah beliau mengalu-alukan kajian kebolehlaksanaan Projek Penyepaduan Tenaga Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina, yang menurut beliau, mampu "mengembangkan lagi perdagangan tenaga berbilang pihak di rantau ini".
Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.