Insurans satu pilihan lindungi mangsa penipuan daripada kehilangan simpanan CPF
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Pemerintah sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam industri untuk menimbangkan sama ada insurans dapat disediakan bagi akaun-akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF).
Ini bertujuan membantu mereka yang terjerat dalam skim penipuan sehingga wang simpanan CPF mereka lesap.
Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata satu kertas perundingan awam mengenai isu berkenaan boleh dijangkakan pada suku ketiga tahun ini.
Dr Tan juga memberi jaminan bahawa lebih banyak langkah berjaga-jaga akan dikuatkuasakan, jika perlu, bagi mencegah penipuan berkaitan perisian hasad.

Pengecaman wajah diperkenalkan sebagai langkah tambahan pada minggu lalu, bagi para pencarum yang log masuk ke akaun masing-masing menggunakan Singpass.
Pada separuh pertama tahun ini, lebih 700 kes penipuan berkaitan perisian hasad dilaporkan.
Lapan kes melibatkan simpanan CPF dengan kerugian mencecah S$124,000. Para mangsa pula umumnya berusia antara 55 hingga 80 tahun.
Dr Tan turut menggesa rakyat Singapura kekal berwaspada, walaupun ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.
"Perlindungan tambahan ini mungkin memerlukan pencarum mengambil lebih banyak langkah sebelum dapat menggunakan khidmat online CPF tetapi saya rasa anda akan bersetuju bahawa lebih baik kita berjaga-jaga daripada kita menyesal kemudian," kata Dr Tan.
Ini lebih-lebih lagi memandangkan penipuan sedemikian semakin berleluasa.
"Pemerintah akan terus menyemak dan memantau ancaman-ancaman ini dengan teliti dan bekerjasama rapat dengan bank-bank untuk memperkenalkan lebih banyak langkah berjaga-jaga apabila perlu."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.