Insurans perjalanan lindungi kos rawatan perubatan, ujian swab, tempat kuarantin bakal siap hujung tahun
Kos berhubung rawatan perubatan, ujian swab dan tempat kuarantin adalah antara produk insurans yang boleh dijangkakan pada masa depan buat para pengunjung ke negara ini.

Para penumpang tiba di dewan ketibaan Lapangan Terbang Changi pada 8 Jun 2020. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Kos berhubung rawatan perubatan, ujian swab dan tempat kuarantin adalah antara produk insurans yang boleh dijangkakan pada masa depan buat para pengunjung ke negara ini.
Para pakar yang ditemui Mediacorp berkata produk yang sedang dibangunkan agensi industri dan pemerintah akan melindungi perbelanjaan kritikal berkaitan COVID-19 dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Buat masa ini, perbelanjaan berkaitan COVID-19 tidak dilindungi insurans perjalanan ataupun dikecualikan dalam dasar insurans secara bertahap-tahap.
Namun begitu, para pakar yang ditemui Mediacorp berpendapat jika ada satu produk insurans diterajui negara yang melindungi kesemua itu, ia akan menarik pengunjung kembali ke negara ini dan merancakkan semula industri pelancongan dan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).
Mereka juga berpendapat satu produk insurans yang melindungi kesemua itu bakal diadakan dan dijual secara digital meskipun sejauh ini tiada perincian dikeluarkan mana-mana pihak.
Tuntutan juga, menurut para pakar, boleh dibuat seperti biasa iaitu di Singapura ataupun negara asal pemilik polisi insurans itu.
Namun begitu, para pakar juga meluahkan keprihatinan terhadap bagaimana harga produk insurans itu akan ditetapkan.
Meskipun begitu, para pakar menambah bahawa mempunyai produk sedemikian adalah satu langkah yang betul mentelah lagi, perjanjian perjalanan dua hala sudah disetujui Singapura bersama China, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.
Singapura juga sedang berbincang dengan Indonesia dan Thailand bagi perjanjian serupa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.