Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Institut Pembelajaran Dewasa bakal bantu pekerja tingkat kemahiran

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Jan 2024 07:20PM Dikemas Kini : 20 Jan 2024 12:12AM
SINGAPURA: Institut Pembelajaran Dewasa ingin bekerjasama dengan 40 rakan kongsi untuk membangkitkan idea-idea baharu bagi membantu golongan pekerja meningkatkan kemahiran.

Inisiatif tersebut ditempatkan di kemudahan baharu yang akan dibuka di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) pada separuh kedua tahun ini.

Ia akan menangani isu-isu utama seperti meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan pekerja lebih matang.

Antara projek pertamanya akan memberi tumpuan kepada bagaimana pekerja lebih berusia dapat lakukan penyesuaian kepada gangguan akibat kecerdasan buatan (AI).

Syarikat-syarikat, pengendali latihan dan guru-guru akan terlibat dalam menghasilkan kurikulum itu.

"Kami harap, daripada bimbang tentang kesan AI, kita boleh mendakapinya, gunakannya untuk bantu tingkatkan daya pengeluaran pekerja," kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.

"Tapi lebih penting lagi, kami harap menerusi proses ini, kita bukan hanya belajar untuk lakukan kerja dengan lebih baik, tapi juga belajar untuk lakukan pekerjaan yang lebih baik, itulah kejayaan sebenar," tambahnya.
Sumber : CNA/AT/IA/AE
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan