Skip to main content

Singapura

Institut Latihan Masyarakat dilancarkan di Hospital Kwong Wai Shiu (KWSH)

Sebuah Institut Latihan Masyarakat yang baru dilancarkan di Hospital Kwong Wai Shiu (KWSH) hari ini (7 Sep) bagi menangani cabaran penduduk semakin tua.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Sep 2018 08:35PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 09:35PM

SINGAPURA: Sebuah Institut Latihan Masyarakat yang baru dilancarkan di Hospital Kwong Wai Shiu (KWSH) hari ini (7 Sep) bagi menangani cabaran penduduk semakin tua, serta keperluan untuk meluaskan pengetahuan dan sempadan bagi industri jagaan kesihatan.

KWSH dan institut di bawah SkillsFuture Singapore memeterai Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dalam kemudahan baru itu.

Institut Latihan Masyarakat itu bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sektor jagaan masyarakat, dan menyediakan latihan bermutu bagi para kakitangannya.

22 kursus akan ditawarkan menjelang akhir Oktober tahun ini.

Bersama sokongan daripada Kementerian Kesihatan, rakan kongsi sektor jagaan masyarakat serta institusi-institusi pendidikan, Institut Latihan Masyarakat bersedia untuk menjadi sebuah pertubuhan latihan yang diluluskan, bagi menyediakan kursus-kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja pada masa depan.

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita