Institut Kesihatan Global dilancarkan bagi tangani cabaran kesihatan di Asia Tenggara
Sebuah Institut Kesihatan Global dilancarkan pagi tadi (21 Sep) dengan matlamat mahu menangani cabaran-cabaran kesihatan di Asia Tenggara dan rantau-rantau lain.
SINGAPURA: Sebuah Institut Kesihatan Global dilancarkan pagi tadi (21 Sep) dengan matlamat mahu menangani cabaran-cabaran kesihatan di Asia Tenggara dan rantau-rantau lain.
Institut itu akan meneliti isu-isu kesihatan, mengukuhkan sistem-sistem kesihatan dan mempersiapkan negara-negara dengan lebih baik bagi menghadapi ancaman wabak dan penyakit.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, melancarkan institut itu semasa Kongres Saintifik SingHealth Duke-NUS.
Kumpulan syarikat jagaan kesihatan swasta, Parkway Pantai pula menyerahkan cek bernilai $2 juta bagi menubuhkan satu dana biasiswa. Ia bagi membantu para mahasiswa Sekolah Perubatan Duke-NUS yang memerlukan bantuan kewangan.
Wang dari dana itu juga akan digunakan bagi memberi anugerah kepada pembangunan bakat individu-individu cemerlang dari ketiga-tiga sekolah perubatan di negara ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.