Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Institut kajian ditubuh kaji kesihatan ibu, kanak-kanak

Sebuah institut kajian khusus untuk kesihatan ibu dan kanak-kanak dibuka di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2021 06:56PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 08:59PM

SINGAPURA: Sebuah institut kajian khusus untuk kesihatan ibu dan kanak-kanak dibuka di Singapura.

Kerjasama antara SingHealth dengan Duke-NUS itu bertujuan memenuhi permintaan dalam kesihatan reproduktif, mental, dan metabolik.

Dilancarkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, siang tadi (8 Okt) institut itu akan memajukan pembangunan kognitif serta rawatan barah dan penyakit kritikal.

Kajian yang dijalankan, akan membantu membentuk dasar-dasar negara dan program jagaan keluarga.

Satu perjanjian juga dimeterai dengan Menarini Biomarkers Singapore, bagi menawarkan diagnosis pra natal yang akan mengurangkan risiko kepada wanita hamil.

Menurut menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli, institut tersebut akan membantu Singapura berada di hadapan dalam kajian kesihatan ibu dan kanak-kanak.

Encik Masagos turut mengumumkan 9,000 keluarga akan menerima sokongan di Hab Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak di Poliklinik Punggol.

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan