Skip to main content

Singapura

Institut baharu SMU mahu bentuk semula pekerjaan, persaraan

Sebuah institut baharu Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sedang berusaha untuk mencorak semula pekerjaan, persaraan dan sistem sokongan, sedang Singapura menjadi sebuah masyarakat lampau usia.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah institut baharu Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sedang berusaha untuk mencorak semula pekerjaan, persaraan dan sistem sokongan, sedang Singapura menjadi sebuah masyarakat lampau usia.

Disokong oleh dana S$10 juta, institut itu akan mengubah penyelidikan menjadi tindakan dengan menjalin kerjasama dengan pemerintah, perniagaan dan kumpulan masyarakat.

Matlamatnya - melakar dasar dan huraian seperti model kerja fleksibel, peraturan serta pendekatan baharu bagi pembiayaan.

Pihak berkuasa yakin bahawa lebih banyak boleh dilakukan untuk membantu warga emas menjalani kehidupan yang bukan sahaja lebih panjang, tetapi cukup bermakna.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah berkata: "Sebenarnya, kita perlu bersedia untuk masyarakat "lanjut usia", bukan penduduk yang semakin menua.

"Ini bermakna, model tradisional tiga tahap - pendidikan, pekerjaan dan persaraan - mungkin tidak lagi relevan.

"Sebaliknya, kehidupan mungkin melibatkan pelbagai fasa untuk belajar, bekerja, menjaga dan menyumbang.

"Contohnya, seseorang mungkin berhenti kerja untuk menjaga anak-anak kecil atau ibu bapa yang semakin tua, dan kemudian kembali bekerja," kata beliau.

Cik Indranee berkongsi pandangan tersebut di majlis pelancaran Institut Masyarakat Lanjut Usia dan Ekonomi (LSEI) yang ditubuhkan oleh SMU.

Cik Indranee menambah, apabila institut itu dibangunkan, terdapat ruang untuk meneroka model perniagaan dan pembiayaan baharu, selain mengukuhkan rangka kerja kawal selia.

Selain itu, isu seperti privasi, keselamatan siber dan penerimaan masyarakat juga dapat ditangani.

LSEI akan bekerja rapat dengan pemerintah dan perniagaan untuk menterjemahkan penyelidikan kepada dasar dan huraian praktikal.

Pengarah Bersama Sementara LSEI SMU, Dr Cheong Wei Yang berkata: "Mereka memiliki data. Mereka memiliki perkara yang cuba dilaksanakan, dan itu sebenarnya data untuk kami lakukan kajian.

"Dengan data itu, serta kajian yang kami lakukan, kami maklumkan kepada mereka untuk mungkin mengubah cara mereka melaksanakannya, mengubah cara mereka sebenarnya memikirkan tentang dasar-dasar."
Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita