Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Institusi pendidikan harus memperkukuh daya bingkas graduan sewaktu pandemik: Wan Rizal

Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah menyarankan empat strategi dalam perkukuh daya tahan kesihatan mental semasa tempoh penularan virus COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2021 12:05AM Dikemas Kini : 26 Feb 2021 12:12AM

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah menyarankan empat strategi dalam perkukuh daya tahan kesihatan mental semasa tempoh penularan virus COVID-19.

Ini termasuk mewajibkan pendidikan kesihatan mental serta program celik digital di sekolah selain memudahkan akses untuk segera mendapatkan bantuan.

Berucap di Parlimen pada Khamis (25 Feb), beliau turut menyentuh tentang pentingnya graduan baru berdaya bingkas dalam persekitaran pekerjaan yang tidak menentu.

"Saya menekankan perlunya institusi-institusi pendidikan menawarkan ilmu kemahiran yang dapat atau boleh dipraktikkan di semua lapangan kerja," kata beliau.

"Ia akan membuat graduan kita lebih berdaya saing serta memberi keyakinan dan peluang lebih baik dalam mendapatkan pekerjaan di dalam masa hadapan."

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan