Instagram perkenal ciri baru 'Notes', 'Candid' bagi saingi Twitter & BeReal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Meta)
SINGAPURA: Instagram pada Selasa (13 Dis) melancarkan satu siri ciri-ciri baru, antaranya termasuk fungsi 'Notes' untuk para pengguna berkongsi pendapat dan pandangan mereka bersama dengan teman-teman serta para pengikut mereka.
Ciri 'Notes' merupakan hantaran ringkas yang mengandungi sehingga 60 aksara dengan hanya menggunakan huruf-huruf serta emoji.
Demikian menurut syarikat induk Instagram, Meta.
Ciri baru itu menyerupai ciri Twitter yang membolehkan catatan mengandungi sehingga 280 aksara.
Untuk meninggalkan 'Note', para pengguna perlu ke inbox Instagram mereka. Setelah menaip mesej dalam ruang yang tertera dengan arahan "kongsi apa yang anda fikirkan" (atau "share what's on your mind"), mereka boleh memilih sama ada untuk mengirimkan mesej tersebut kepada para pengikut mereka atau hanya mereka yang tersenarai sebagai "kawan rapat" (atau "close friends").
'Note' yang dimuat naik itu akan ditempatkan di bahagian atas inbox mereka selama 24 jam, manakala kiriman mesej balas akan diterima sebagai mesej yang dikirimkan secara langsung ke inbox pengguna tersebut.
Tiada had pada bilangan 'Notes' yang boleh dikirimkan para pengguna setiap hari. Sungguhpun demikian, hanya satu 'Note' yang aktif pada bila-bila masa tertentu.
Syarikat Meta menyatakan dalam hantaran di lamannya: "Semasa ujian dijalankan, kami mendapati ramai orang suka cara yang mudah dan ringkas untuk berkongsi apa yang bermain dalam benak fikiran mereka untuk memulakan perbualan.
"Daripada meminta saranan-saranan kepada berkongsi tentang perkembangan pada kehidupan mereka, 'Notes' menawarkan cara yang spontan dan bersahaja untuk orang ramai mengekspresikan diri mereka dan berhubung antara satu sama lain."
CEO Meta Mark Zuckerberg menambah dalam sebuah video 'Instagram Story' yang dimuat naik, bahawa ciri tersebut adalah "sebuah ruang baru untuk berkongsi pendapat, bertanya soalan, memuat naik status kemas kini atau apa jua yang anda suka".
Gergasi teknologi itu turut mengumumkan pada Selasa bahawa ia sedang menguji ciri baru yang lain di Instagram.
Ciri 'Candid Stories' dilihat sebagai percubaan oleh Meta untuk mereka semula sebciri utama BeReal bagi kedua-dua platform Instagram dan Facebook, menurut laman Engadget.
BeReal, iaitu aplikasi media sosial yang sedang berkembang pesat, berfungsi dengan meminta para pengguna memuat naik foto diri mereka yang tidak disunting sekali sehari.
Syarikat Meta menyifatkan ciri 'Candid' sebagai "kaedah baru untuk para pengguna serta rakan-rakan mereka merakam dan berkongsi perkara yang mereka lakukan di platform (Instagram atau Facebook) yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang turut berkongsi sama".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.