Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Instagram lancar Akaun Remaja SG dengan ciri sekatan mesej, pemantauan ibu bapa

Instagram melancarkan 'Akaun Remaja' di Singapura, menurut syarikat induknya Meta pada Selasa (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram lancar Akaun Remaja SG dengan ciri sekatan mesej, pemantauan ibu bapa
Diterbitkan : 21 Jan 2025 03:00PM Dikemas Kini : 21 Jan 2025 03:07PM
SINGAPURA: Instagram melancarkan 'Akaun Remaja' di Singapura, menurut syarikat induknya Meta pada Selasa (21 Jan).

Ciri baharu itu disertakan dengan langkah-langkah perlindungan yang akan membataskan individu yang boleh berhubungan dengan golongan remaja di sini serta kandungan yang boleh dilihat dalam aplikasi berkenaan.

Akaun Instagram tersebut akan ditetapkan sebagai akaun remaja yang akan dikunci secara automatik. Para pengguna Akaun Remaja pula dan remaja hanya boleh ditanda nama (tag) oleh orang yang mereka ikuti. Perkataan dan frasa yang bersifat menyinggung akan ditapis, dedah Meta.

Selain itu, para pengguna akan mendapat makluman yang mengingatkan mereka supaya berhenti menggunakan Instagram selepas tempoh 60 minit setiap hari.

Terdapat juga ciri-ciri pemantauan tambahan yang membolehkan ibu bapa memantau dengan siapakah anak remaja mereka berhubungan melalui aplikasi tersebut, menurut Meta dalam satu kenyataan media.

"Dengan ciri-ciri pemantauan ibu bapa, para ibu bapa boleh memutuskan bila dan berapa lama anak remaja mereka boleh menggunakan Instagram," tambah kenyataan itu.

Selain itu, terdapat juga ciri baharu yang diberi nama 'Sleep Mode' yang akan mematikan pemberitahuan pada sebelah malam. Ia akan diaktifkan antara pukul 10.00 malam dan 7.00 pagi setiap hari.

Akaun Instagram milik remaja berusia antara 13 dengan 18 tahun di Singapura secara automatik akan ditetapkan sebagai Akaun Remaja sepanjang beberapa bulan akan datang, menurut Meta.

Syarikat itu menambah, pengguna Instagram bawah usia 16 tahun hanya boleh menukar ketetapan itu dengan kebenaran ibu bapa mereka.

"Kami tahu para ibu bapa ingin berasa konfiden bahawa anak remaja mereka menggunakan media sosial untuk berhubungan dengan teman mereka dan meneroka minat masing-masing, tanpa perlu berasa bimbang tentang pengalaman yang tidak selamat atau tidak wajar," kata Tara Hopkins, pengarah global bagi dasar awam Instagram dan Threads.

"Akaun Remaja direka sedemikian rupa untuk mengukuhkan sokongan kepada ibu bapa, memberikan mereka jaminan bahawa anak remaja mereka dapat dilindungi dengan lebih baik."

Meta pertama kali memperkenalkan ciri Akaun Remaja di Instagram pada September 2024.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan