Inspirasi dua beradik: Buru ilmu hingga ke menara gading pada usia 40-an
Apabila Encik Yohannis Ibrahim, 47 tahun, memutuskan untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana muda, bapanya menjadi salah seorang yang paling bahagia menerima berita tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila Encik Yohannis Ibrahim, 47 tahun, memutuskan untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana muda, bapanya menjadi salah seorang yang paling bahagia menerima berita tersebut.
"Ibu bapa saya tidak pernah mendorong kami dua beradik untuk ke universiti. Kami hanya dibesarkan untuk belajar bersungguh-sungguh supaya kami boleh berdikari.
"Apabila saya memberitahu ayah yang saya mengambil ujian atau peperiksaan dan saya lulus, beliau pun gembira. Saya boleh nampak senyuman dan tawanya," kongsi Encik Yohannis kepada wartawan Syawal Yusoff.

Malangnya, harapan bapa Encik Yohannis untuk melihat anaknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading tidak kesampaian.
Bapanya meninggal dunia akibat barah ketika Encik Yohannis masih menjalani pengajiannya.
Namun, kehilangan tersebut tidak mematahkan semangat Encik Yohannis, yang berpengalaman sebagai pereka grafik, untuk terus melangkah maju dalam bidang akademik.
Akhirnya, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni, Perniagaan, dan Pemasaran dengan Kepujian Kelas Pertama dari Universiti Coventry.
Berkat ijazah itu, Encik Yohannis, yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah di syarikat PICO Group, menerima tawaran untuk berpindah ke Dubai.

IKUTI JEJAK ABANG, AMBIL PROGRAM SAMA
Azam dan kegigihan abangnya dalam mengharungi dugaan sambil mengejar cita-cita menjadi inspirasi buat Cik Siti Arbaiya Ibrahim, 43 tahun, untuk mengikuti jejak langkah yang sama.
Menariknya, beliau turut memilih program dan jurusan yang sama seperti abangnya.

Hasil usaha gigih dan dedikasinya, Cik Siti Arbaiya dinobatkan sebagai 'valedictorian' bagi kohortnya pada tahun ini.
Keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda bukan sekadar pencapaian peribadi buat Cik Siti Arbaiya, tetapi juga tanda persaingan sihat yang mendorong kedua-dua adik-beradik itu untuk terus maju bersama.
"Bila abang lulus dengan Kepujian Kelas Pertama, saya ingat saya juga boleh buat begitu dan malah lebih baik daripada abang. Sebab itu saya ambil keputusan untuk mendaftar dalam kursus yang sama. Alhamdulillah, saya berjaya lakukan lebih baik daripada abang dan akhirnya jadi valedictorian!
Beliau turut mengakui, sekiranya abangnya tidak mengambil langkah pertama untuk melanjutkan pelajaran, mungkin beliau sendiri tidak akan berbuat demikian.
"Kalau abang tidak melanjutkan pelajaran, saya pun tidak melanjutkannya sebab kami berdua sudah berjaya dalam kerjaya. Tetapi ada satu perkara yang tidak lengkap dalam hidup kami. Orang lain semua berkembang, kami juga hendak berkembang. Lagi-lagi, untuk ibu bapa kami, supaya mereka rasa bangga," kata Cik Siti Arbaiya, yang bertugas sebagai ketua Pemasaran dan Pemerolehan Pelanggan di syarikat tajaka, Little Paddington.

Pasangan adik-beradik itu juga pernah bekerja bersama di tiga syarikat yang sama sebelum ini.
Di samping keinginan untuk bersaing dengan abangnya, keputusan Cik Siti Arbaiya untuk melanjutkan pelajaran turut didorong oleh hasrat untuk meningkatkan kemahiran dan menyesuaikan diri dengan landskap ekonomi yang semakin berubah.
"Dunia perniagaan berubah dengan begitu pesat. Jadi, saya perlu terus kekal relevan dalam industri ini. Sebab itu, saya perlu mengikuti perkembangan yang saya inginkan dalam hidup. Saya mahu kekal relevan dalam bidang pemasaran perniagaan yang saya ceburi sekarang. Dari situ, saya sedar bahawa saya perlu memastikan saya dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran untuk terus maju dalam kerjaya dan kehidupan saya." ujar beliau.

BAHAN PENGAJIAN YANG RELEVAN DENGAN TUGAS SEHARIAN
Kedua-dua beradik itu mengikuti program separuh masa selama 16 bulan di Akademi PSB, Marina Square.
Sebagai seorang karyawan yang bekerja sepenuh masa, Cik Siti Arbaiya menghargai format pembelajaran serta bahan kandungan yang disediakan, yang memudahkan pemahaman dan pembelajaran para mahasiswa.
"Akademi PSB sebenarnya menggunakan kes-kes kajian yang relevan dalam industri saya. Kes-kes kajian sebenar dan bukan yang dibuat-buat. Semua yang diajar boleh digunakan di tempat kerja juga. Saya gunakan apa yang diajar untuk mengajar semua kakitangan saya juga," ujarnya.

Meskipun sibuk mengimbangi tanggungjawab antara keluarga, kerja, dan pengajian, beliau bersyukur kerana abangnya sentiasa menjadi sumber semangat dan motivasi sepanjang perjalanan akademiknya.
"Abang berkongsi nota dan panduan tentanga pa yang diajar, cara menjawab kertas peperiksaan dengan lebih baik serta apa yang diharapkan oleh pensyarah daripada kami. Beliau juga berkongsi cara untuk mengimbangkan kerja dan kerjaya dengan kehadiran kelas, kerana kelas kami diadakan pada waktu malam, sedangkan kami juga mempunyai pekerjaan dan mesyuarat. Jadi, beliau memberi tips tentang bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih baik dan menyeimbangkan keseluruhan kehidupan kami," kongsi Cik Siti Arbaiya.
RANCANGAN MASA HADAPAN
Meskipun bertugas di luar negara, Encik Yohannis sentiasa memberikan sokongan kepada keluarga dan adiknya dari jauh. "Saya memang selalu bangga dengan adik saya," ujarnya.
Seperti abangnya, Cik Siti Arbaiya juga mempunyai impian untuk bekerja di luar negara suatu hari nanti.
Namun, buat masa ini, beliau merancang untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana dalam waktu terdekat.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.