Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Insiden tumpahan minyak: Kerja pembersihan diperluas ke Changi; penghadang dipasang di kawasan sensitif biodiversiti

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kerja-kerja pembersihan di Terminal Pasir Panjang melibatkan insiden tumpahan minyak diperluaskan lagi untuk membersihkan lebih banyak kawasan, dengan bantuan tambahan dikerahkan.

Menurut pihak berkuasa pada Isnin (17 Jun), penghadang sepanjang 1,600 meter akan digunakan dalam beberapa hari akan datang di kawasan yang ditetapkan untuk membantu usaha menghalang minyak daripada merebak.

Ini sebagai tambahan kepada penghadang sepanjang 1,500 meter yang sudah digunakan sejak tumpahan minyak berlaku pada Jumaat (14 Jun).

Minyak tersebut dilihat di Changi pada Isnin, tulis kenyataan media bersama oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks), Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dan agensi air negara PUB.

Penghadang tambahan akan ditempatkan sebagai langkah pencegahan di Changi East, tambah pihak berkuasa.

Tujuh aset pembersihan minyak juga dikerahkan pada Isnin untuk membuang dan mengumpul minyak di permukaan air, supaya ia mengurangkan jumlah minyak yang dapat merebak.

(Gambar: CNA)
PENGHADANG MENYERAP MINYAK

Penghadang yang dapat menyerap minyak digunakan sebagai langkah pencegahan di kawasan sensitif biodiversiti seperti Paya Simpanan Chek Jawa di Pulau Ubin, Taman Pulau Coney dan Taman Pasir Ris.

Sepanjang beberapa hari akan datang, penghadang yang menyerap minyak tambahan itu akan digunakan untuk melindungi ladang-ladang ikan di Barat Selat Johor dan Paya Simpanan Chek Jawa serta Sungai Changi.

Di pantai Palawan, Sentosa, penghadang sudah dipasang, dengan lebih banyak lagi bakal ditempatkan di pantai Siloso dan Tanjong menjelang Selasa (18 Jun).

Ia adalah tambahan kepada penghadang yang sudah dipasang separa di Pantai Tanjong serta di Sentosa Cove dan ONE15 Marina Sentosa Cove, yang mana penghadang minyak sudah dipasang sepenuhnya.

Hutan Simpanan Labrador akan mendapat penghadang tambahan pada Selasa untuk memudahkan pembersihan minyak yang terkumpul di kawasan tadahan.

Pulau-Pulau Selatan juga akan dipasang dengan penghadang di beberapa lokasi yang terletak di Laluan Cooper.
 
(Gambar: MPA)


KAPAL PEMBERSIHAN MINYAK DAN SISTEM YANG DIGUNAKAN

Sistem 'Current Buster' yang digunakan akan dikerah pada Selasa di Pusat Pameran Changi sebagai "langkah pencegahan".


Pihak berkuasa juga menggunakan sektor privet untuk menyediakan kapal bagi kerja-kerja pembersihan.

MUTU AIR, UDARA

PUB menyatakan operasi di loji penyahgaraman dan takungan air tawar Singapura bagaimanapun tidak terjejas.

Mutu udara di kawasan terjejas juga "berada dalam paras selamat", dengan NEA menjalankan ujian mutu udara setiap hari di Sentosa, Taman East Coast dan Hutan Simpanan Labrador sejak Sabtu.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan