Insiden tikaman Gereja St Joseph: Paderi stabil susuli pembedahan; upacara diteruskan seperti biasa
Anggaran Waktu Membaca:

Upacara misa diteruskan seperti biasa pada pagi Ahad (10 Nov), sekalipun hujan turun. (Gambar: Wallace Woon/CNA)
SINGAPURA: Paderi Katolik yang cedera dalam insiden tikaman di Gereja St Joseph di Upper Bukit Timah pada Sabtu (9 Nov), berada dalam keadaan stabil selepas beliau menjalani pembedahan.
Paderi Christopher Lee, yang merupakan paderi Katolik di Gereja St Joseph itu, ditikam seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau lipat semasa satu upacara misa.
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, Pejabat Perhubungan Ketua Biskop menyatakan pada pagi Ahad bahawa Paderi Lee sedang pulih di hospital.
Paderi Christopher Lee masih dimasukkan ke hospital supaya doktor dapat memantau keadaannya.
"Pada masa ini kami tidak menggalakkan pelawat ke hospital supaya Fr Chris (Paderi Christopher Lee) boleh berehat dengan baik. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan semua untuk berdoa agar beliau cepat sembuh."

Serangan itu berlaku di upacara misa kanak-kanak bulanan paroki, di mana kanak-kanak melaksanakan tugas yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak juga duduk di barisan hadapan pada acara itu, tetapi ianya terbuka kepada semua untuk hadir.
Mereka yang hadir di upacara tersebut, termasuk pasukan Respons Kecemasan Archdiocese, yang membantu untuk menahan penyerang itu, menurut kenyataan Gereja Katolik pada Sabtu.
Empat senjata lain kemudiannya ditemui pada lelaki tersebut, yang didapati bukan seseorang yang sering mengunjungi Gereja St Joseph.

Paramedik menghulurkan bantuan perubatan kepada paderi sebaik sahaja mereka tiba dan paderi itu dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional dalam keadaan sedarkan diri.
Upacara misa diteruskan seperti biasa pada pagi Ahad, sekalipun hujan turun.
Seorang wartawan Mediacorp yang berada di tempat kejadian, berkongsi bahawa orang ramai masih datang berduyun-duyun ke gereja tersebut.
Suasana di sana kelihatan tenang dengan beberapa kereta polis dilihat melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

SERANGAN TIDAK BERMOTIFKAN AGAMA
Penyerang terbabit, yang merupakan seorang lelaki berusia 37 tahun, akan didakwa di mahkamah pada Isnin kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya.

Jika didapati bersalah, suspek itu boleh dipenjara sehingga 15 tahun, serta didenda atau disebat.
Polis akan mendapatkan perintah mahkamah agar lelaki terbabit direman di Institut Kesihatan Mental bagi penilaian psikiatri.
Sejauh ini, polis belum menemui sebarang bukti yang menunjukkan ia merupakan serangan bermotifkan agama.
Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata, lelaki itu, yang merupakan rakyat Singapura dengan keturunan Sinhala, sebelum ini mengisytiharkan kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bahawa dia beragama Kristian.
"Dia mempunyai sejarah lampau bagi kecederaan serius dan penyalahgunaan dadah," dedah pihak polis.
“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai bertindak sendirian dan polis tidak mengesyaki serangan itu sebagai satu tindakan pengganasan, buat masa ini."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.