Insiden tikaman Gereja St Joseph: Lelaki akan didakwa pada 11 Nov; tiada bukti serangan bermotifkan agama

Senjata ditemui pada penyerang menyusuli satu serangan ke atas seorang paderi di Gereja St Joseph pada 9 Nov 2024. Senjata nombor satu digunakan dalam serangan tersebut, kata polis. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
Ini selepas seorang paderi Katolik ditikam di Gereja St Joseph, di Upper Bukit Timah pada Sabtu (10 Nov).
Identiti suspek bagaimanapun masih belum didedahkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), semasa satu sidang media yang diadakan pada dini hari Ahad.
Polis akan mendapatkan perintah mahkamah agar lelaki terbabit direman di Institut Kesihatan Mental bagi menjalani penilaian psikiatri.
Sejauh ini, polis belum menemui sebarang bukti yang menunjukkan ia merupakan serangan bermotifkan agama.

Empat senjata lain juga ditemui pada suspek.
Menurut polis, suspek juga bukan seseorang yang sering mengunjungi Gereja St Joseph.





Serangan itu berlaku di upacara misa kanak-kanak bulanan paroki, di mana kanak-kanak melaksanakan tugas yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak juga duduk di barisan hadapan pada acara itu, tetapi ianya terbuka kepada semua untuk hadir.
Mereka yang hadir di upacara tersebut, termasuk pasukan Respons Kecemasan Archdiocese, membantu untuk menahan penyerang itu, menurut kenyataan Gereja Katolik.
Penyerang itu kemudian diberkas oleh pegawai polis. Dia merupakan rakyat Singapura dengan keturunan Sri Lanka, yang sebelum ini mengisytiharkan kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bahawa dia beragama Kristian, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.
"Dia mempunyai sejarah lampau bagi kecederaan serius dan penyalahgunaan dadah," dedah pihak polis.
“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai bertindak sendirian dan polis tidak mengesyaki serangan itu sebagai satu tindakan pengganasan, buat masa ini.
"Orang ramai digesa supaya bertenang dan mengelak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan sedang dijalankan untuk menentukan motif di sebalik kejadian ini."
Paderi Lee kini dirawat di Hospital Universiti Nasional. Polis menyatakan dia berada dalam keadaan stabil.
Dua lelaki yang membantu untuk menahan penyerang terbabit, diberikan Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam, selepas berlangsungnya sidang media itu di Ibu Pejabat Divisyen Polis Jurong.
"Kami melihat paderi kami diserang. Adalah sebahagian daripada naluri untuk kami terpaksa pergi dan melucutkan senjata orang ini," ujar Encik Richard Tan Chai Boon.
Bagi seorang lagi penerima anugerah itu, Encik Damien Liew Khee Rui, beliau berkongsi: "Saya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan tiada orang lain yang cedera, atau tiada perkara buruk akan berlaku selepas itu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.