Insiden tanah jerlus: Penyelamat harap pengiktirafan dorong pekerja hijrahan lain bantu kes serupa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pekerja hijrahan yang menyelamatkan seorang pemandu selepas keretanya terhumban ke dalam tanah jerlus di Tanjong Katong Road South bulan lalu berkata mereka berharap pengiktirafan yang diterima dapat memberi inspirasi kepada rakan sekerja lain untuk bertindak dalam situasi kecemasan.
Ketujuh-tujuh pekerja tersebut diundang ke rumah terbuka Hari Kebangsaan di Istana pada Ahad (3 Ogos), di mana mereka berpeluang bertemu dan berjabat tangan dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Jane Ittogi.
Presiden Tharman sebelum ini mengiktiraf keberanian mereka menerusi satu catatan di Facebook, mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas dan berani mereka.
Bercakap kepada media selepas itu, Encik Pitchai Udaiyappan Subbaiah, yang juga penyelia tapak binaan di tempat kejadian, berkata: “Majlis penghargaan seperti ini sudah cukup besar maknanya. Ini sudah lebih daripada mencukupi.”
Beliau menambah bahawa keluarganya di India sangat gembira dengan penghargaan yang diterimanya, dan mereka turut bersyukur kerana keluarga pemandu itu kini juga dalam keadaan selamat.
Selain Encik Subbaiah, 47 tahun, pekerja lain yang terlibat dalam usaha menyelamat itu ialah: pengendali jengkaut Encik Sathapillai Rajendran, 56 tahun; dan rakan sekerja mereka, Encik Anbazhagan Velmurugan, 26 tahun; Encik Poomalai Saravanan, 28 tahun; Encik Ganesan Veerasekar, 32 tahun; Encik Bose Ajithkumar, 26 tahun; dan Encik Arumugam Chandirasekaran, 47 tahun.
Encik Sathapillai turut berkata bahawa Presiden bertanya bagaimana mereka menggunakan tali untuk menyelamatkan pemandu itu.
Bercakap dalam gabungan bahasa Inggeris dan Tamil, Encik Subbaiah menjelaskan bahawa mereka sentiasa menyimpan tali di tapak binaan untuk mengangkat barangan berat.
Ketika kejadian berlaku, mereka segera mencampakkan tali ke dalam lubang dan berjaya menarik wanita itu naik dengan dua atau tiga tarikan sahaja.
Kedua-dua pekerja itu juga menyatakan bahawa ini adalah kali pertama mereka melawat Istana.
Encik Sathapillai, yang sudah berada di Singapura selama 26 tahun, berkata beliau hanya pernah melihat Istana dari luar sebelum ini.
Encik Subbaiah pula, yang sudah bekerja di Singapura selama 22 tahun, berkata dalam bahasa Inggeris bahawa Singapura adalah negara yang “baik”.
Beliau menambah dalam bahasa Tamil bahawa beliau terus bekerja di sini kerana beliau gemar kehidupan di negara ini.
Selepas sesi bergambar dan temu ramah bersama media, kesemua pekerja tersebut diundang untuk menyertai kegiatan rumah terbuka.
Kesemua tujuh pekerja juga menerima syiling penghargaan 'Friends of ACE' daripada Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash, pada hujung minggu lalu.
Tanah jerlus itu berlaku di Tanjong Katong Road South bersebelahan dengan tapak kerja aktif PUB yang melibatkan pembinaan sebuah terowong sedalam 16 meter untuk menyambung tiga saluran pembetung sedia ada.
Menurut agensi air negara itu, satu komponen konkrit di dalam terowong itu "gagal berfungsi" sekitar pukul 5.50 petang pada 26 Julai, menyebabkan berlakunya tanah jerlus yang 'menelan' sebuah kereta.
Bahagian jalan dari East Coast Parkway (ECP) ke Mountbatten Road sudah dibuka semula pada Sabtu, manakala arah bertentangan akan dibuka semula pada Isnin mulai jam 5.00 pagi.
Selain tujuh pekerja penyelamat itu, 11 pekerja lain yang membantu semasa kebakaran di sebuah rumah kedai di River Valley awal tahun ini turut diundang untuk bertemu Presiden Tharman dan isterinya pada Ahad.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.