Insiden Red Lions semasa NDP2022 bukan kesilapan prosedur tapi perubahan keadaan angin
(Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)
SINGAPURA: Seorang anggota pasukan payung terjun Red Lions yang cedera semasa membuat terjunan di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun lalu, sudah pulih sepenuhnya.
Panel semakan keselamatan mendapati, insiden itu bukan berpunca dari kesilapan prosedur.
Sebaliknya ia disebabkan oleh perubahan mendadak keadaan angin.
Pegawai Waran Ketiga (3WO) Jeffrey Heng merupakan yang terakhir dalam kalangan 10 anggota payung terjun untuk mendarat di Platform Terapung Marina Bay.
Semasa melakukan pendaratan, 3WO Heng mendapati, kanopi payung terjunnya tidak stabil.
Beliau melaksanakan teknik pendaratan mengikuti protokol sedia ada.
Teknik itu membolehkannya mendarat dengan selamat dan mengurangkan berlakunya kecederaan teruk.
Menyusuli siasatan yang dijalankan, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu taklimat pada Jumaat (5 Mei) menyatakan, insiden itu disebabkan oleh "arus pusar".
Menjawab pertanyaan sama ada 3WHO Heng melakukan kesilapan dalam responsnya sebelum insiden berlaku, Pegawai Pemerintah Kolonel Leftenan Pusat Sokongan Taktikal Operasi Khas (SOTSC) Neo Choon Chea yang menyelia latihan payung terjun dan latihan Red Lions menekankan, anggota pasukan itu bertindak seperti apa yang dikehendaki beliau.
3WO Heng kini disahkan sihat untuk menyambung semula latihan pada pertengahan April.
Beliau kembali menganggotai pasukan Red Lions sebagai ketua penerjun dan menyelaras latihan NDP tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.