Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Insiden kereta rempuh kedai di Marine Terrace: Lelaki 51 tahun ditangkap

Seorang lelaki 51 tahun ditangkap kerana menyebabkan kecederaan serius dalam satu kemalangan di Marine Terrace siang tadi (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2017 08:27PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 09:08PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 51 tahun ditangkap kerana menyebabkan kecederaan serius dalam satu kemalangan di Marine Terrace siang tadi (9 Dis).

Dua wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun cedera selepas kereta yang dipandu lelaki tersebut merempuh sebuah pasar di Blok 50A Marine Terrace tengah hari tadi.

Tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Besar Changi (CGH).

Polis menyatakan seorang daripada mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa-mangsa itu terdiri daripada seorang penjual bunga, rakan lelakinya dan seorang pelanggan.

Saksi-saksi memberitahu Mediacorp kereta tersebut pada mulanya mengundur dan melanggar sebatang pokok sebelum bergerak laju merempuh gerai bunga itu.

Siasatan mengenai kejadian itu masih dilakukan. 

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan