Insiden keracunan makanan ByteDance: SFA tarik balik penggantungan lesen cawangan Yun Nans di Northpoint City
Anggaran Waktu Membaca:
Perniagaan Yun Hai Yao, Yun Nans Stonepot Fish, di 1 Northpoint Drive. (Gambar: Instagram/Yunnanssg)
SINGAPURA: Cawangan restoran Yun Nans di pusat beli-belah Northpoint City akan dibenarkan menyambung semula operasi, lebih dua minggu selepas Agensi Makanan Singapura (SFA) menggantung lesennya berikutan kes keracunan makanan di pejabat ByteDance di Singapura.
SFA menarik balik penggantungan itu pada Jumaat (16 Ogos), seminggu selepas melakukan sama terhadap Pu Tien Services, yang juga membekalkan makanan ke pejabat pemilik TikTok.
Operasi kedua-dua katerer digantung pada 31 Jul selepas insiden pada 30 Jul.
Kementerian Kesihatan (MOH) dan SFA menerima laporan inside radang perut dan usus yang menjejas 168 orang yang mengambil makanan dibekalkan oleh dua katerer di pejabat ByteDance di One Raffles Quay.
Seramai 17 orang dimasukkan ke hospital tetapi mereka semuanya sudah dibenarkan pulang.
Sepanjang lesen digantung, Yun Hai Yao - yang menjalankan operasi rangkaian restoran Yun Nan - membuang semua makanan siap dimakan, makanan beku dan makanan yang cepat rosak, menurut SFA.
Pihak itu juga membersihkan dan menjalankan kerja-kerja sanitasi di premisnya, termasuk mencuci peralatan dan perkakas, serta memastikan permukaan tempat penyediaan makanan, meja dan lantai bebas kuman.
Para pengendali makanan pula menghadiri semula dan lulus kursus mengenai keselamatan makanan sementara pegawai-pegawai kebersihan makanan menghadiri semula dan lulus kursus audit kebersihan makanan dan minuman Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ), menurut SFA.
Meskipun penggantungan sudah ditarik balik, SFA akan terus meletakkan Yun Hai Yao di bawah pemantauan rapi demi memastikan syarikat itu mematuhi syarat-syarat keselamatan makanan.
SFA juga sedang mempertimbangkan dapatan daripada siasatan ke atas insiden keracunan makanan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan jika pengendali makanan didapati melanggar peraturan kebersihan makanan.
Para pesalah boleh didenda sehingga S$2,000. Jika mereka mengulangi kesalahan, denda maksimum S$100 akan dikenakan bagi setiap hari selepas kesalahan dilakukan selepas disabit kesalahan.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.