Insiden gelincir, sandung dan jatuh punca utama kecederaan di tempat kerja pada separuh pertama 2022
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/MOM)
SINGAPURA: Insiden tergelincir, tersandung dan terjatuh merupakan punca utama kecederaan serius di tempat kerja pada separuh pertama tahun ini, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (31 Okt).
Antara 15 Ogos hingga 17 Oktober, MOM menjalankan operasi penguatkuasaan selama sembilan minggu, yang bertujuan mengurangkan insiden tergelincir, tersandung dan terjatuh di tempat kerja.
Lebih 750 pemeriksaan dijalankan bagi sektor-sektor binaan, pengilangan, pengangkutan & penyimpanan, penginapan, dan khidmat makanan, menurut kementerian itu di laman Facebooknya.
Hasilnya, sejumlah 1,828 tindakan penguatkuasaan diambil terhadap 558 syarikat.
Ini termasuk 12 perintah berhenti kerja dan 232 denda berjumlah S$499,150, menurut MOM.
Semasa pemeriksaan dijalankan, tindakan paling biasa yang menyebabkan kemalangan adalah bahaya-bahaya yang tidak dikenal pasti semasa penilaian risiko, langkah kawalan tidak dilaksanakan bagi lantai yang tidak disenggara dengan baik dan kawasan berselerak, serta pekerja tidak menggunakan kasut yang betul - yang tidak melindungi mereka daripada kemalangan sedemikian.
Menteri Negara Kanan MOM Zaqy Mohamad berkata sering berlakunya insiden tergelincir, tersandung dan terjatuh bukan sahaja menunjukkan kurangnya budaya keselamatan dan kesihatan diamalkan di tempat kerja, tetapi juga tingkah laku yang tidak mengutamakan keselamatan di tempat kerja.
"Syarikat-syarikat yang biasanya tidak mempunyai tingkah laku baik, didapati mempunyai kelemahan sistemik dalam langkah-langkah keselamatan," kata beliau.
"Kami akan terus mengambil tindakan sewajarnya bagi pelanggaran sedemikian," tambah Encik Zaqy.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.