Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Insiden Bionix: Rayuan kapten SAF ditolak, akan dipenjara 5 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden Bionix: Rayuan kapten SAF ditolak, akan dipenjara 5 bulan

Ong Lin Jie. (Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

SINGAPURA: Permohonan rayuan seorang kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ditolak Mahkamah Tinggi pada Selasa (9 Mei) atas perbuatan terburu-buru menyebabkan seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dihempap kenderaan Bionix sehingga meninggal dunia. 

Ong Lin Jie, 32 tahun, akan mula menjalani hukuman penjara  lima bulan pada dua minggu akan datang. 

Ong meminta  dibicarakan atas dakwaan itu tetapi didapati bersalah pada November 2021 atas satu tuduhan melakukan tindakan terburu-buru tanpa niat membunuh. 

Dalam kejadian itu, Ong telah mengarah mangsa, iaitu Korporal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai, yang ketika itu berusia 22 tahun, untuk memintas kenderaan perisai Bionix. Ketika itu mendiang memandu Land Rover. 

Akibatnya jarak selamat 30 meter antara kedua-due kenderaan itu tidak dipatuhi dan Bionix itu berundur lalu menghempap kereta Land Rover tersebut.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya itu oleh pegawai perubatan kira-kira 25 minit kemudian.

Ong merupakan ketua platun ketika sesi latihan dekat Kem Sungei Gedong itu dan duduk di sebelah CFC Liu sambil memberinya arahan. 

Hakim See Kee Oon membenarkan Ong mula menjalani hukuman penjara pada dua minggu akan datang.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan