Insiden anti-Yahudi cetus keprihatinan; Taman Bacaan gesa dialog pendidikan, guna media sosial secara bertanggungjawab
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Taman Bacaan menyuarakan keprihatinan mendalam terhadap insiden anti-Yahudi yang dilaporkan di Singapura sejak kebelakangan ini.
Dalam kenyataannya, badan itu menegaskan tindakan sedemikian menjejas rasa saling hormat dan kepercayaan yang menjadi tunjang masyarakat majmuk Singapura, sambil menekankan perlunya untuk terus memelihara asas tersebut.
Taman Bacaan turut menggesa agar diadakan dialog berasaskan pendidikan serta penggunaan media sosial yang bertanggungjawab demi menjaga keharmonian.
Ia juga bersedia bekerjasama dengan rakan pertubuhan untuk membangunkan kelompok bacaan, sesi dialog dan bengkel celik budaya bagi memperdalam kefahaman tentang konteks agama dan sejarah, sekali gus
"Inisiatif ini akan menggalak pandangan berasaskan maklumat dan mengurangkan salah faham," menurut Presiden Taman Bacaan, Abdul Halim Kader.
Pertubuhan itu berpendapat pendekatan bersepadu - pendidikan dan pelibatan - amat penting, termasuk perbincangan yang dibimbing di peringkat masyarakat serta kerjasama antara pertubuhan budaya dan agama.
Sekolah, kumpulan belia dan rangkaian masyarakat digesa memainkan peranan memupuk pertuturan bertanggungjawab dan bersifat empati.
Taman Bacaan turut menyeru penggunaan media sosial secara berhemah, mengelakkan penyebaran stereotaip atau hasutan, sambil mengingatkan bahawa kata-kata memberi kesan dan setiap individu memikul tanggungjawab terhadapnya.
"Kata-kata mempunyai impak, dan setiap seorang daripada kami mempunyai peranan bagi memastikan ia digunakan secara konstruktif," kata Encik Abdul Halim.
Pertubuhan itu menyuarakan perpaduan dengan semua masyarakat yang terkesan serta menegaskan bahawa rasa hormat mesti kekal menjadi keutamaan bersama, sambil mengesahkan komitmennya untuk memupuk perpaduan, ilmu dan keamanan untuk semua.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.