Insentif tunai bagi pingat Sukan utama diserah kepada sektor privet
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah menyerahkan pemberian insentif tunai bagi pingat acara Sukan utama kepada sektor privet.
Ini kerana pemerintah mahu menumpukan perhatian kepada suntikan dana dan menyokong "aspek lebih meluas" seperti pembangunan atlet.
Demikian menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Rabu (16 Okt).
Bayaran S$1 juta Singapura bagi pingat emas Olimpik diketahui sebagai jumlah tertinggi di peringkat global - namun meskipun Encik Tong memuji syarikat-syarikat korporat privet kerana membantu mengumpulkan jumlah tersebut, beliau berkata ia tidak membantu dari segi aspek lain dalam pembangunan sukan.
"Ia sangat bagus, tetapi ia juga memberi ganjaran kepada mereka yang lebih kurang hampir di penghujung perjalanan untuk memenangi pingat emas," kata Encik Tong.
"Ia tidak secara langsung membantu mereka yang sedang membangun, iaitu apa yang ingin kita lakukan dengan perbelanjaan yang lebih luas, supaya kita dapat mencapai sasaran yang lebih luas, menarik minat umum dan mewujudkan perancangan supaya lebih ramai atlet, atlet para dan juga atlet biasa, dapat mencapai kemuncak kerjaya sukan mereka dan mencapai aspirasi mereka."
Beliau berkata demikian di parlimen sebagai menjawab gesaan Anggota Parlimen supaya atlet Olimpik dan atlet Paralimpik diberi ganjaran sama rata, yang dibangkitkan semasa usulan untuk mengiktiraf prestasi Team Singapore di Sukan Paris tahun ini.
Usulan itu dihadiri oleh 17 atlet Olimpik dan Paralimpik, termasuk atlet sukan kitefoil Maximilian Maeder, perenang Yip Pin Xiu dan atlet boccia Jeralyn Tan.
Maeder menerima S$250,000 bagi pingat gangsa, manakala Yip menerima S$1 juta bagi dua pingat emas semasa Sukan Paralimpik.
Bagi pingat perak bersejarah Tan semasa Suka Paralimpik, beliau menerima S$300,000. Bagi pingat perak di Olimpik, atlet boleh menerima ganjaran tunai S$500,000.
Bayaran-bayaran tunai ini diberikan di bawah Program Anugerah Acara Sukan Besar (MAP) bagi atlet biasa dan Anugerah Pencapaian Atlet (AAA) bagi atlet para.
MAP dan AAA merupakan skim anugerah privet yang diuruskan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC).
<<Dari kiri: Atlet Boccia Jeralyn Tan,atlet kitefoiler Maximilian Maeder dan perenang Yip Pin Xiu. (Gambar: SNOC, SNPC)>>
Berucap semasa usulan itu pada Rabu, Profesor Madya Jamus Lim (WP-Sengkang) berkata "sukar" untuk memahami mengapa pemerintah memutuskan bahawa ia tidak boleh menggunakan pengaruh lebih besart ke atas jumlah yang diberikan oleh dua program anugerah sukan itu.
Beliau menarik perhatian bahawa meskipun SNOC dan SNPC "sememangnya" pertubuhan bukan pemerintah, penaja utama dua program itu adalah Lembaga Tote, iaitu agensi pemerintah yang kegiatannya dikawal selia oleh pelbagai kementerian.
Begitu juga, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Usha Chandradas meminta Lembaga Tote - iaitu lembaga berkanun di bawah Kementerian Kewangan - supaya membantu dan menyokong kedua-dua NGO untuk memperoleh dana tambahan demi memastikan atlet Paralimpik menerima hadian tunai yang serupa atau sama dengan atlet Olimpik.
Merujuk kepada rencana yang menyenaraikan jumlah ganjaran yang diberikan kepada atlet para yang memenangi pingat di negara-negara berbeza, beliau menarik perhatian bahawa Singapura menduduki tempat tertinggi dalam kalangan liga 13 negara itu.
Sekalipun demikian, Singapura masih ketinggalan berbanding Sepanyol, Kanada dan Korea Selatan yang menawarkan ganjaran sama seperti yang diterima alet Olimpik.
Akur tentang pentingnya kesamarataan, AP Dennis Phua (PAP-Jalan Besar) berkata: "Saya menggesa pemerintah dan Singapura sertai saya...untuk menggesa para penaja sedia ada dan pihak yang berpotensi menjadi penaja supaya sokonglah kami untuk memberikan ganjaran tunai sama rata kepada atlet para dan juga atlet biasa."
Dengan cara ini, lebih banyak sumber, termasuk yang daripadfa pemerintah, juga boleh dikerahkan untuk keperluan lain yang penting dan mendesak, tambah beliau.
<<PM Lawrence Wong bergambar bersama para menteri dan atlet Team Singapore yang menyertai Olimpik Paris, 16 Okt 2024. (Gambar: CNA/Mak JIa Kee)>>
PERTIMBANGAN BERBEZA
Dalam responsnya kepada gesaan-gesaan tersebut, Encik Tong berkata jumlah insentif itu ditetapkan oleh entiti-entiti bukan pemerintah nseperti Lembaga Tote dan diputuskan oleh mereka.
"Antara struktur Olimpik dan Paralimpik, terdapat perbezaan, namun perbezaan ini tidak bermakna yang satu lebih baik daripada yang satu lagi," ujar Encik Tong.
Misalnya, untuk Olimpik, emas yang pertama dan juga satu-satunya pingat yang dianugerahi di bawah program insentif itu adalah pingat emas pertama, yang bernilai S$1 juta.
Namun di bawah program Paralimpik, pemenang pingat diberikan maksimum S$500,000 bagi setiap emas, sehingga maksimum tiga pingat emas.
Faktor-faktor lain juga menjejas keputusan sektor privet, kata Encik Tong.
"Mereka harus memikirkan sama ada ia mampan. Adakah program insentif ini mendorong sikap yang betul? dan berapa lama ia boleh diteruskan?"
Contohnya, bagi acara renang, terdapat 141 acara renang Paralimpik yang mana pingat emas diberikan, berbanding 37 di Sukan Olimpik.
"Jadi, apabila sektor privet serta Lembaga Tote menelitinya, ini antara pertimbangan yang mereka ada," kata beliau.
Membalas kepada perbandingan dengan negara-negara lain yang memberikan insentif tunai serupa antara atlet Paralimpik dengan Olimpik, Encik Tong berkata Singapura masih lagi antara negara yang memberikan insentif tertinggi secara mutlak.
"(Profesor Madya) Lim menyentuh tentang Kanada, tetapi saya rasa (beliau) mungkin tahu bahawa insentif Kanada bagi pingat emas Paralimpik adalah C$20,000 (S$18,980), manakala kami memberi S$500,000," kata beliau.
Begitu juga, negara-negara seperti yang disebut Cik Chandradasm, seperti Jepun, Korea, Perancis dan Australia, mempunyai jumlah ganjaran yang lebih rendah bagi pemenang pingat Paralimpik berbanding Singapura.
Encik Tong juga menarik perhatian bahawa jumlah ganjaran untuk atlet Paralimpik sudah dinaikkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada 2021, ganjaran tunai bagi pingat emas Paralimpik dinaikkan seganda daripada S$200,000 kepada S$400,000.
Kemudian, pada 2022, ganjaran tunai bagi pingat emas dinaikkan daripada S$400,000 kepada S$500,000.
"Saya faham dan menghargai sepenuhnya mengapa para AP meminta agar ada kesamarataan, kerana pada hakikatnya tiada perbezaan dalam cara atlet para kita berlatih, berusaha, berkorban sepertimana atlet Olimpik kita," ujar beliau.
"Namun, janganlah kita terlepas pandang jumlahnya secara mutlak dan bagaimana kita menyokong para atlet kita."

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.