Insentif latihan antara cara tingkatkan daya penghasilan, kesejahteraan pekerja platform
Para pekerja platform akan mendapat lebih banyak latihan dalam bidang-bidang seperti amalan memandu dengan selamat dan kesihatan peribadi.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Para pekerja platform akan mendapat lebih banyak latihan dalam bidang-bidang seperti amalan memandu dengan selamat dan kesihatan peribadi.
Ia bertujuan meningkatkan daya penghasilan di samping melindungi kebajikan para pekerja penghantaran ke destinasi mereka.
Inisiatif tersebut merupakan perjanjian baharu yang dicapai antara syarikat logistik GoGoX dengan Persatuan Pekerja Penghantaran Nasional (NDCA).
NDCA mewakili para pekerja bebas dan mereka yang bekerja sendiri.
Selain daripada peningkatan kemahiran, perjanjian itu juga tertumpu kepada perwakilan lebih meluas untuk para pekerja platform.
Apabila Badan Perwakilan Pekerja Platform baharu ditubuhkan, jawatankuasa itu akan meneliti keprihatinan utama dalam industri tersebut.
Ini termasuk perlindungan kewangan, perumahan dan persaraan.
Dialog-dialog akan diadakan secara kerap untuk membincangkan trend dan menangani sebarang keprihatinan yang dihadapi oleh pekerja gig sedemikian.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.