Insentif kuat bagi skim pulangkan bekas minuman akan dijalankan dengan cekap, jimat kos: Dr Amy Koh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jalelah Abu Baker)
SINGAPURA: Satu inisiatif untuk menggalakkan orang ramai supaya mengitar semula bekas minuman bagi mendapatkan semula deposit, akan dikendalikan industri pengeluar minuman.
Menjawab pertanyaan di Parlimen pada Selasa (4 Okt), Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor berkata pendekatan itu akan mewujudkan insentif kuat untuk menjalankan inisiatif tersebut secara cekap dan berkesan dari segi kos.

Anggota Parlimen (AP) Ang Wei Neng (PAP-West Coast), Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) and Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang) ingin tahu kos dan skala skim tersebut.
Menjawab, Dr Khor berkata pengeluar minuman seperti pengilang dan pengimport bertanggungjawab mengumpul dan mengitar semula produk di pasaran, serta membiayai skim itu.
NEA sebelum ini menyatakan, Pemerintah sedang menimbangkan tempat-tempat untuk memulangkan bekas di pasar raya besar dengan ruang lebih 200 meter persegi. Dr Khor sebaliknya mencadangkan bekas tersebut dipulangkan di premis makanan dan minuman.
Lokasi itu boleh ditempatkan di ruang awam yang sesuai seperti kelab masyarakat dan kemudahan sukan, selain pusat penjaja.
Dalam satu soalan tambahan Encik Ang bertanya sama ada deposit atau bayaran balik itu akan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Dr Khor berkata "Berdasarkan bentuk skim itu, GST tidak akan dikenakan pada deposit."

Sumber : CNA/AE/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.